Tukar Agama Anak Kepada Islam Perlu Persetujuan Ibubapa, Islamikkah?

Tukar Agama Anak Kepada Islam Perlu Persetujuan Ibubapa, Islamikkah? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Tukar Agama Anak Kepada Islam Perlu Persetujuan Ibubapa, Islamikkah?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Tukar Agama Anak Kepada Islam Perlu Persetujuan Ibubapa, Islamikkah?
link : Tukar Agama Anak Kepada Islam Perlu Persetujuan Ibubapa, Islamikkah?

Baca juga


Tukar Agama Anak Kepada Islam Perlu Persetujuan Ibubapa, Islamikkah?

Penghakiman bersejarah: Persetujuan kedua ibu bapa perlu bagi penukaran agama anak kepada Islam


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menyampaikan penghakiman yang bersejarah apabila memutuskan pasangan yang memeluk Islam dan pasangannya yang bukan Islam mesti memberi persetujuan bagi penukaran agama anak bawah umur kepada Islam.

Panel lima hakim yang disidangi oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Ramly Ali mengetepikan keputusan berhubung penukaran agama tiga anak guru Tadika M. Indira Gandhi oleh bekas suaminya yang merupakan seorang mualaf.

Hakim Zulkefli yang mengetuai panel itu berkata keputusan tersebut dicapai sebulat suara sambil berkata walaupun penukaran agama adalah isu yang menimbulkan perbalahan, namun keputusan mahkamah tidak dipengaruhi oleh kepercayaan agama.

Hakim Zainun yang menyampaikan penghakiman mahkamah berkata persetujuan daripada Indira Gandhi dan bekas suaminya Muhammad Riduan Abdullah, (dahulu dikenali sebagi K. Pathmanathan) adalah diperlukan sebelum sijil penukaran agama kepada Islam dapat dikeluarkan kepada ketiga-tiga anak mereka.

Beliau berkata pendekatan membenarkan penukaran agama anak atas persetujuan hanya satu pihak akan menimbulkan persoalan yang sukar.

"Penukaran kepada agama lain adalah keputusan penting yang mempengaruhi kehidupan seorang kanak-kanak kerana ia mengenakan satu set undang-undang peribadi yang baharu dan berbeza," kata beliau dan menambah adalah demi kepentingan kanak-kanak itu, persetujan dari kedua-dua ibu bapa harus diperoleh. 
(AA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sengaja untuk membuka minda, tukar agama anak kepada Islam perlu persetujuan ibubapa, Islamikkah?

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS



Sobat baru saja selesai membaca :

Tukar Agama Anak Kepada Islam Perlu Persetujuan Ibubapa, Islamikkah?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tukar Agama Anak Kepada Islam Perlu Persetujuan Ibubapa, Islamikkah? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Tukar Agama Anak Kepada Islam Perlu Persetujuan Ibubapa, Islamikkah? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/01/tukar-agama-anak-kepada-islam-perlu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :