Terowong: Satu Kata Bayar, Satu Bukan. Apa Ni LGE, Penin Kuut?

Terowong: Satu Kata Bayar, Satu Bukan. Apa Ni LGE, Penin Kuut? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Terowong: Satu Kata Bayar, Satu Bukan. Apa Ni LGE, Penin Kuut?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Terowong: Satu Kata Bayar, Satu Bukan. Apa Ni LGE, Penin Kuut?
link : Terowong: Satu Kata Bayar, Satu Bukan. Apa Ni LGE, Penin Kuut?

Baca juga


Terowong: Satu Kata Bayar, Satu Bukan. Apa Ni LGE, Penin Kuut?


GEORGETOWN – Kerajaan Pulau Pinang didakwa mengeluarkan kenyataan yang bercanggah berhubung pembayaran laporan kebolehlaksanaan (feasibility) bagi projek mega melibatkan terowong dasar laut dan tiga lebuhraya di negeri ini.
Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, mengikut pencerahan yang dibuat Ketua Menteri, Lim Guan Eng semalam, kerajaan negeri tidak membuat sebarang bayaran ke atas laporan kebolehlaksanaan bagi pembinaan terowong dasar laut di negeri ini.
Tambahnya, pembayaran RM208 juta secara pertukaran tanah itu dibuat untuk laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek tiga lebuhraya dan bukannya untuk laporan kebolehlaksanaan projek tersebut.
Chang Yeow berkata, walaubagaimanapun, dalam jawapan soalan bertulis dalam Sidang Dun pada 19 Mei 2017 oleh Exco Kerja Raya, Lim Hock Seng menyatakan, RM208 juta itu adalah hasil pemberian tanah kepada kontraktor sebagai bayaran bagi Kajian Kebolehlaksanaan dan Rekabentuk Terperinci bagi projek lebuhraya tersebut.
“Semalam (kelmarin) Guan Eng kata RM208 juta itu untuk laporan EIA tetapi jika kita lihat semula jawapan Hock Seng dalam Sidang Dun tahun lalu, lain pula. Hock Seng menyatakan bahawa RM208 juta itu adalah hasil pemberian milik tanah 1.49 hektar di Lot 702 dan 0.8 hektar di Lot 713 Bandar Tanjung Pinang kepada kontraktor, sebagai bayaran Kajian Kebolehlaksanaan dan Rekabentuk Terperinci tiga lebuhraya.
“Jadi, yang mana satu (kenyataan) yang betul? Satu kata bayar untuk laporan EIA dan satu lagi kata bukan. Ini amat mengelirukan, kita gesa kerajaan negeri atau Guan Eng sendiri jelaskan,” katanya kepada media tadi.
Kelmarin, Kerajaan Pulau Pinang mengesahkan tiada pembayaran dibuat olehnya ke atas laporan kebolehlaksanaan bagi pembinaan terowong dasar laut di negeri ini. – Sinar
Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa



Sobat baru saja selesai membaca :

Terowong: Satu Kata Bayar, Satu Bukan. Apa Ni LGE, Penin Kuut?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Terowong: Satu Kata Bayar, Satu Bukan. Apa Ni LGE, Penin Kuut? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Terowong: Satu Kata Bayar, Satu Bukan. Apa Ni LGE, Penin Kuut? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/01/terowong-satu-kata-bayar-satu-bukan-apa.html

Subscribe to receive free email updates: