Judul : Tafsir Al-Kafirun Masakini.. Perlu Undi Presiden PAS Jadi PM?
link : Tafsir Al-Kafirun Masakini.. Perlu Undi Presiden PAS Jadi PM?
Tafsir Al-Kafirun Masakini.. Perlu Undi Presiden PAS Jadi PM?
Tafsiran surah Al kafirun mengikut Keadaan Semasa
Surah Al Kafirun di turunkan di Mekah oleh Allah sebagai tindakbalas atau jawapan kepada cadangan kaum kuffar Mekah yang mencadangkan kepada Rasulullah SAW...bahwa cara yang terbaik untuk menjaga hati dan ketenteraman dalam masyarakat "majmuk" ialah dengan membuat perjanjian seperti berikut...
" Pada tahun ini kami semua (puak kafirin) bersetuju menyembah Tuhan Muhammad SAW (Allah)... dan tahun berikutnya kamu pula (kaum muslimin) menyembah tuhan yang aku sembah (berhala) .
Cadangan tersebut telah di kemukakan oleh para pembesar puak kuffar kepada junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.....sebagai kaedah untuk meredakan keadaan semasa yang tegang kononnya....
Seperti biasa Nabi tidak akan menjawap selagi tidak turun wahyu dari Allah...Maka turunlah Jibrail menyampaikan Ayat-ayat yang termaktup dalam surah Al Kafirun tersebut...Aku tak mahu mengulas lebih lanjut mengenai Surah tersebut....sebaliknya aku nak menyampaikan amanat Ustaz tersebut tentang sebab-sebab Surah tersebut di turunkan dalam konteks keadaan semasa ia di turunkan dan kaitannya dengan keadaan kita hari ini....
Ustaz tersebut menambah bahwa sekarang ini dalam masyarakat kita ..khasnya orang yg mengaku org Islam samada sedar ataupun tak sedar telah dan sedang menghadapi keadaan semasa turunnya Surah Al Kafirun tersebut....
Hari ini terdapat orang Islam khasnya di negara kita...yang mengaku Islam...tetapi secara tidak sedar bersetuju dengan cadangan pihak kuffar agar gilir menggilir menyembah tuhan-tuhan mereka...walaupun tidak secara terang atau nyata....Logiknya memang ada....
Orang Islam takut untuk melaksanakan perundangan Islam kerana takutkan orang bukan Islam (penyembah berhala) ....Jadi hakikatnya bukan Allah yang golongan ini takut..sebaliknya penyembah berhala yang mereka takut dengan alasan seperti menjaga hati dalam masyarakat majmuk....
Hari ini ada orang Islam takut-takut untuk bercakap mengenai Islam kepada masyarakat Islam demi untuk menjaga ketenteraman awam kononnya.....isu tiga orang ratu cantik, ASN dan ASB, isu murtad dan sebagainya.. bla... bla.. bla.... Ramai orang Islam memilih pemimpin dari kalangan orang yang menyembah berhala....
Rasa-rasanya apa alasan yang wajar kita berikan di hadapan Allah kelak bila di tanya mengapa engkau memilih pemimpin (wakil rakyat/menteri) dari kalangan orang yang menentang Allah dan rasulnya????...
Yakinkah kita bahawa Allah akan terima alasan kita yang antara lain?
- Demokrasi atau
- Masyarakat majmuk atau
- Jaga hati ..atau
- Jaga ketenteraman awam
- Ikut keadaan semasa atau
- Kejahilan
- Takde siapa yang bagi tahu ??? atau ???..
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana kalau saya (Blog IH) menafsirkan 3 kumpulan utama bertarung dalam PRU14 akan datang? Tidak termasuk calon bebas, kumpulan ini ialah..
- Kumpulan kerajaan dan rakan-rakan, UMNO/Melayu &BN.
- Kumpulan pembangkang DAP dan Melayu serpihan.
- Kumpulan Islam, PAS dan beberapa gabungannya..
Kalau kumpulan ke2 menang, DAP akan menguasai pemerintahan, walau Melayu jadi PM. Termasuk Dr M, ('Lama dah..'), kerana DAP (rejim Lim) kuasai tadbiran. Contohnya sekarang, walaupun ramai pemimpin DAP Melayu tetapi nyata, dalam DAP Kit Siang/Guan Eng yang berkuasa.
Bagaimana kalau kumpulan ke3 ini pula yang menang atau separuh menang? Tentu ada peranan PAS atau kumpulan kepimpinan Islam (berbeda dengan kumpulan Melayu atau 'kaki rasuah' walaupun Cina pembangkaang atau tidak) dalam menentukan PM negara.
Atau dari mereka dilantik sebagai PM.. PAS tentu akan mencalonkan Abd Hadi sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Tidak ada rekod rasuah di kalangan pemimpin PAS semasa memerintah negeri-negeri yang pernah dikuasainya. Contohnya mengenai rumah kediaman. Tidak ada MB-MB (Menteri Besar)nya yang seperti Khir Toyo di Selangor) atau Guan Eng di Pulau Pinang.
Sekian.
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Sobat baru saja selesai membaca :
Tafsir Al-Kafirun Masakini.. Perlu Undi Presiden PAS Jadi PM?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tafsir Al-Kafirun Masakini.. Perlu Undi Presiden PAS Jadi PM? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Tafsir Al-Kafirun Masakini.. Perlu Undi Presiden PAS Jadi PM? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/01/tafsir-al-kafirun-masakini-perlu-undi.html