Judul : Selebgram Hijab Korea-Muslim Ini Boleh Jadi 'muslimat tauladan'?
link : Selebgram Hijab Korea-Muslim Ini Boleh Jadi 'muslimat tauladan'?
Selebgram Hijab Korea-Muslim Ini Boleh Jadi 'muslimat tauladan'?
KINI laman sosial semakin dipenuhi dan dibanjiri dengan gadis berwajah cantik, kononnya. Tidak terkecuali, selebgram hijab Korea Muslim bernama Kim Miso ini yang gambar-gambarnya menjadi tular di Internet gara-gara memiliki rupa paras cantik persis bintang K-Pop.
Miso atau nama sebenarnya, Harakat Ibtisam menjadi bualan hangat netizen apabila dia sering kali memberi tips-tips mengenai kecantikan dan cara berhijab di Instagram miliknya, @kimmiso1194.
Melihatkan wajahnya, pasti ramai yang menganggap Miso merupakan seorang gadis yang berasal dari negara sonata musim salju itu kan? Ternyata tanggapan itu salah sama sekali kerana Miso sebenarnya seorang gadis Maghribi, sebuah negara umat Islam di barat Afrika yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa nasional!
Memetik sumber, Miso yang merupakan salah seorang penuntut di Seoul National University mempunyai impian untuk berkunjung ke ndonesia suatu hari nanti.
“Saya ingin mengunjungi Indonesia dan begitu minat mempelajari bahasa Indonesia.
“Indonesia adalah negara Islam dan saya ingin mengunjunginya. Saya juga ingin bekerja di sana jika Allah izinkan,” katanya dipetik portal kumparan.com.
Justeru tidak hairanlah, sejak kebelakangan ini Miso dilihat sering menggunakan hashtag #hijabindonesia pada setiap entri menerusi laman Instagram.
Bukan itu sahaja, malah Miso sering bertegur sapa dengan para pengikutnya di laman berkenaan dengan menggunakan kosakata bahasa Indonesia seperti ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Sore’, ‘Kamu baik’, dan sebagainya.
Sehingga kini, nampaknya gadis ini dilihat terus mendapat perhatian ramai di media sosial dan mempunyai lebih 200,000 pengikut menerusi akaun Instagram miliknya.
Soalnya, dengan melihat maklumat dan gambar-gambar yang disebarkan ini, adakah ia boleh dijadikan sebagai 'muslimat tauladan' bagi gadis-gadis Islam di Malaysia khususnya?
Fikir-fikirlah..
Lihat sebelum ini..
Soalnya, dengan melihat maklumat dan gambar-gambar yang disebarkan ini, adakah ia boleh dijadikan sebagai 'muslimat tauladan' bagi gadis-gadis Islam di Malaysia khususnya?
Fikir-fikirlah..
Lihat sebelum ini..
Sobat baru saja selesai membaca :
Selebgram Hijab Korea-Muslim Ini Boleh Jadi 'muslimat tauladan'?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Selebgram Hijab Korea-Muslim Ini Boleh Jadi 'muslimat tauladan'? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Selebgram Hijab Korea-Muslim Ini Boleh Jadi 'muslimat tauladan'? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/01/selebgram-hijab-korea-muslim-ini-boleh.html