Judul : Mahathir Kini Makin Karut, Kuat Melalut – PAS
link : Mahathir Kini Makin Karut, Kuat Melalut – PAS
Mahathir Kini Makin Karut, Kuat Melalut – PAS
SINIS… Tun Dr. Mahathir Mohamad dianggap semakin karut apabila tergamak melabel Datuk Seri Abdul Hadi Awang kafir dan pengkhianat hanya kerana mengadakan kerjasama dengan UMNO.
Sindiran tersebut disuarakan Naib Presiden PAS Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sambil berkata, selain mengarut, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu juga semakin kuat melalut ketika memberikan pandangan.
“Dia ini macam mahu ambil peranan mufti pula. Dulu dia marahkan PAS kononnya parti kita ini mengkafirkan orang. Tiba-tiba dia pula yang kafirkan orang.
Masalah mengkafirkan Presiden PAS ini, saya rasa memang karut.
“Mahathir semakin lama nampak semakin jauh melalut dalam memberi pandangan dan menyatakan pendirian beliau sendiri,” kata Mohd. Amar ketika ditemui pihak media di Kompleks Kota Darulnaim, di sini pada Khamis.
Beliau diminta mengulas serangan terbaharu Mahathir semalam yang melabelkan Abdul Hadi sebagai kafir dan pengkhianat pembangkang kerana ‘bekerjasama’ dengan UMNO yang pernah menjadi musuh politik parti itu.
Ramai pemerhati politik tempatan dilaporkan terkejut dengan kenyataan terbaharu Mahathir dalam sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada Rabu sempena pelancaran program baharunya ‘Policy Talk’.
Ini kerana UMNO dan PAS tidak pernah menjalinkan sebarang kerjasama politik kecuali penyertaan bersama dalam beberapa perhimpunan melibatkan kepentingan umat Islam Rohingya, Palestin dan RUU 355 sepanjang tahun lalu.
Ini jauh berbeza dengan Mahathir apabila bekerjasama secara terbuka dengan menjadi anggota Pakatan Harapan sekali gus menyerlahkan hipokrit beliau yang pernah menyelar DAP sebagai rasis dan PKR diketuai si peliwat.
Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, banyak pihak salah faham terhadap PAS dalam isu kafir-mengkafir apabila Mahathir mendakwa konon Amanat Haji Hadi pada 1981 sebagai punca termasuk tragedi berdarah Memali 1985.
“PAS tidak mengkafirkan sesiapa. Kita tak kata orang itu kafir, orang ini kafir. Apa yang disebut ialah garis atau batas antara iman dan kufur. Barangsiapa yang melanggar batas itu, dia jatuh kafir, tidak kiralah siapa dia.
“Saya ambil contoh, guru sebut barangsiapa kentut, maka wuduknya batal. Tidak kiralah sesiapapun. Dia tidak kata siapa-siapa. Boleh jadi ada orang itu terkentut dan dia pula yang terasa,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Lihat sebelum ini..
Sobat baru saja selesai membaca :
Mahathir Kini Makin Karut, Kuat Melalut – PAS
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Mahathir Kini Makin Karut, Kuat Melalut – PAS dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Mahathir Kini Makin Karut, Kuat Melalut – PAS link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/01/mahathir-kini-makin-karut-kuat-melalut.html