Judul : Larang Berpakaian Jolok Mata &Seksi Memalukan? Menurut PKR.
link : Larang Berpakaian Jolok Mata &Seksi Memalukan? Menurut PKR.
Larang Berpakaian Jolok Mata &Seksi Memalukan? Menurut PKR.

KUALA LUMPUR – Nasihat Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) kepada wartawan wanita supaya jangan berpakaian menjolok mata atau seksi sewaktu bertugas tidak sensitif dan beretika.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata, kenyataan yang dibuat oleh Presiden NUJ, Mohd. Taufek Razak itu juga satu perkara yang memalukan dan tidak mempedulikan isu sebenar.
“Saya menggesa Taufek supaya menyatakan sokongannya terhadap keselamatan wartawan dan bukan menyalahkan wartawan wanita kerana pakaian mereka.
“Saya desak NUJ lebih proaktif melindungi kebajikan dan menyediakan keperluan yang relevan untuk wartawan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Presiden NUJ sebelum ini menasihati wartawan wanita supaya membuat penampilan diri yang sesuai dan pendirian yang tegas ketika bertugas.

Gambar hiasan.

Gambar hiasan.
Mohd. Taufek dipetik berkata, antara penampilan yang sesuai jangan berpakaian menjolok mata atau terlalu seksi sewaktu bertugas.
Pendirian yang tegas pula seperti menolak untuk ditemuramah di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di kelab malam.
“Wartawan wanita perlu mempunyai integriti yang kuat dan cara yang sesuai untuk mendapatkan berita,” kata Mohd. Taufek. – MYNEWSHUB.CC
Sobat baru saja selesai membaca :
Larang Berpakaian Jolok Mata &Seksi Memalukan? Menurut PKR.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Larang Berpakaian Jolok Mata &Seksi Memalukan? Menurut PKR. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Larang Berpakaian Jolok Mata &Seksi Memalukan? Menurut PKR. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/01/larang-berpakaian-jolok-mata-memalukan.html