Judul : Lagi Rumah Sundal Dibalik Rumah Urut Tawar Pakej Khas..
link : Lagi Rumah Sundal Dibalik Rumah Urut Tawar Pakej Khas..
Lagi Rumah Sundal Dibalik Rumah Urut Tawar Pakej Khas..

IPOH: Kegiatan satu sarang pelacuran yang berselindung di sebalik premis pusat urut dan refleksologi di Jalan Raja Ekram, dekat sini, terbongkar apabila diserbu pihak berkuasa pada petang Khamis.
Dalam serbuan kira-kira pukul enam petang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) IPK Perak itu, seramai 15 pelacur warga asing yang terdiri kebanyakan dari China dan tiga lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis turut ditahan.
Serbuan ke atas hotel itu juga mendapati kesemua pelayan khidmat seks itu berusia di antara 30 hingga 40 tahun dan dua pelanggan tempatan turut ditahan.
Ketua Operasinya, Pegawai Turus D7 IPK Perak, DSP Mohd Shajidan Abd Shukor memberitahu, siasatan mendapati premis itu turut menawarkan pakej “khusus” yang melibatkan makan minum serta perkhidmatan spa dan sauna istimewa.
“Pemiliknya mendakwa menjalankan kegiatan urut tetapi polis menemukan bukti daripada hasil penyamaran bahawa mereka menawarkan khidmat seks kepada pelanggan pada harga RM210 setiap sesi.
Antaranya penemuan sejumlah kondom di dalam setor dan penawaran khidmat urutan badan ke badan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat spa itu selepas serbuan.
Shajidan berkata penemuan sarang pelacuran itu adalah hasil risikan selama beberapa minggu dan dipercayai telah beroperasi selama dua tahun.
“Kami percaya serbuan ini akan membawa kepada lebih banyak penemuan sindiket pelacuran di sekitar Ipoh dan modus operandi mereka juga telah dikenalpasti.
“Malah, ada di antara pelanggan juga yang sanggup membayar lebih untuk membawa pelacur itu untuk ke bilik hotel dan ini merupakan taktik mereka, menginap di hotel untuk mengelakkan tertangkap,”katanya lagi.
Tidak cukup dengan penyamaran itu, pelanggan juga akan “disajikan” dengan beberapa video lucah bertujuan untuk menaikkan nafsu syahwat mereka sebelum sesi seterusnya.


Shajidan memberitahu, kegiatan seks ditawarkan terus kepada pelanggan tetap dan dijalankan dalam beberapa buah bilik kecil yang disediakan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mencari langganan bagi maksud pelacuran dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan iaitu pengawalan premis-premis pelacuran,”katanya lagi.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sampai bilakah kerajaan Malaysia akan boleh menunjukkan kemampuan membersihkan dan mengatasi masalah?
- Tafsir Al-Kafirun Masakini.. Perlu Undi Presiden P...
- Peranan Parti &Diri Dalam Politik Islam -Suntingan...
- PRU 14, Bagaimana Sumbang Bagi Menangkan Islam? K.
- Ahzab, Persiap Kemampuan Sepanjang Zaman
- PAS Mampu Tadbir Negara Lebih Baik Dari BN -SU ...
- Jati Diri Umat Bersama Bahasanya -Abd Hadi
- Pas Akan Jadi Kerajaan, Mengundi Adalah Wajib! Und...
- Tadbir S'gor Ikut Model Islam. Dah Sampainya, Jom ...
- Baru Umum MB S'ngor, Selepas PAS Menang. Tanding 4...
- Mengembalikan Islam Memerintah &Mentadbir -Presid...
Sobat baru saja selesai membaca :
Lagi Rumah Sundal Dibalik Rumah Urut Tawar Pakej Khas..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Lagi Rumah Sundal Dibalik Rumah Urut Tawar Pakej Khas.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Lagi Rumah Sundal Dibalik Rumah Urut Tawar Pakej Khas.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/01/lagi-rumah-sundal-dibalik-rumah-urut.html