Judul : ‘Datuk Seri’ Ditahan Sesudah 1 Wanita, Kes Terowong Kegagalan DAP.
link : ‘Datuk Seri’ Ditahan Sesudah 1 Wanita, Kes Terowong Kegagalan DAP.
‘Datuk Seri’ Ditahan Sesudah 1 Wanita, Kes Terowong Kegagalan DAP.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan pengerusi syarikat perunding kejuruteraan yang bergelar ‘Datuk Seri’ bagi membantu siasatan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.
Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 62 tahun itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 2.45 petang.
“Lelaki itu dipercayai terlibat dalam penyediaan dokumen tuntutan palsu bagi kajian kebolehlaksanaan tiga jalan utama dan terowong di Pulau Pinang yang bernilai kira-kira RM305 juta kepada kerajaan negeri berkenaan,” kata sumber itu.
SPRM, katanya, juga sedang menyiasat sama ada individu lain turut bersubahat dalam tindakan memalsukan dokumen itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berkenaan namun enggan mengulas lanjut.
Semalam, SPRM menahan perunding kejuruteraan wanita di sebuah syarikat yang berpangkalan di ibu negara bagi membantu siasatan kes itu.
Dia direman lima hari bermula hari ini.
Pada 19 Jan lepas, dua pemimpin syarikat bergelar ‘Datuk’, yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung projek berkenaan, telah dibebaskan.
Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer itu, yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd yang merangkumi beberapa syarikat.
Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar. – BERNAMA
- Tafsir Al-Kafirun Masakini.. Perlu Undi Presiden P...
- Peranan Parti &Diri Dalam Politik Islam -Suntingan...
- PRU 14, Bagaimana Sumbang Bagi Menangkan Islam? K.
- Ahzab, Persiap Kemampuan Sepanjang Zaman
- PAS Mampu Tadbir Negara Lebih Baik Dari BN -SU ...
- Jati Diri Umat Bersama Bahasanya -Abd Hadi
- Pas Akan Jadi Kerajaan, Mengundi Adalah Wajib! Und...
- Tadbir S'gor Ikut Model Islam. Dah Sampainya, Jom ...
- Baru Umum MB S'ngor, Selepas PAS Menang. Tanding 4...
- Mengembalikan Islam Memerintah &Mentadbir -Presid...
Sobat baru saja selesai membaca :
‘Datuk Seri’ Ditahan Sesudah 1 Wanita, Kes Terowong Kegagalan DAP.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang ‘Datuk Seri’ Ditahan Sesudah 1 Wanita, Kes Terowong Kegagalan DAP. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: ‘Datuk Seri’ Ditahan Sesudah 1 Wanita, Kes Terowong Kegagalan DAP. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/01/datuk-seri-ditahan-sesudah-1-wanita-kes.html