Apa Jadi Dengan Keputusan Kes Indera Gandi? Menyedihkan -PAS

Apa Jadi Dengan Keputusan Kes Indera Gandi? Menyedihkan -PAS - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Apa Jadi Dengan Keputusan Kes Indera Gandi? Menyedihkan -PAS, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Apa Jadi Dengan Keputusan Kes Indera Gandi? Menyedihkan -PAS
link : Apa Jadi Dengan Keputusan Kes Indera Gandi? Menyedihkan -PAS

Baca juga


Apa Jadi Dengan Keputusan Kes Indera Gandi? Menyedihkan -PAS


KEPUTUSAN panel Hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandi yang dikeluarkan pada hari ini amat menyedihkan. Mereka meminggirkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang terdahulu dalam kes Subashini lwn Sarawanan. Hasilnya pemelukan Agama Islam anak-anak yang masing-masing sekarang berumur 20, 19 dan 8 tahun oleh si bapa yang memeluk Islam telah dibatalkan oleh mahkamah tertinggi negara ini.
Saya percaya keputusan tersebut tidak memberi kesan kepada anak yang sudah dewasa. Pilihan sekarang di tangan mereka sama ada mahu kekal atau tukar. Anak yang berumur 8 tahun sekarang apa agamanya?
Implikasi keputusan tersebut juga menyebabkan pada hadapan kita terdapat dua versi interpretasi terhadap Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama bagi anak di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya. 
Bermaksud apabila mana di hadapkan dengan kes-kes yang sama, hakim-hakim dalam negara ini bebas mengikut mana-mana versi tersebut sehinggalah apabila mana kerajaan memuktamadkan versi yang dipilih oleh kerajaan ke dalam akta. Sehingga ke hari ini kerajaan belum memuktamadkannya. Cubaan terakhir adalah pada cadangan terhadap Akta 164 yang telah ditarik balik semasa sidang Parlimen yang lepas.
Mengikut laporan media Kerajaan Barisan Nasional sedia memasukkan peruntukan tersebut ke dalam Akta 164. Iaitu selepas mereka memenangi semula pilihanraya ke-14. Sedangkan mereka tahu majoriti umat Islam tidak bersetuju dengan cadangan yang bercanggah dengan pandangan jumhur ulama itu.
Justeru tidak ada pilihan lain kecuali kita meramaikan Ahli Parlimen PAS yang sentiasa konsisten dalam isu tersebut. Ahli Parlimen PAS telah berbahas secara terbuka di Parlimen berhadapan dengan semua yang menentang biar pun tinggal beberapa belas ahli Parlimen sahaja di dalam Parlimen.
Tentu sahaja dapat dibayang, apabila Ahli Parlimen PAS menguasai majoriti. Tentu sahaja kerajaan dapat memuktamadkan undang-undang yang selaras dengan kehendak agama.
Tidak dapat tidak, umat Islam perlu bersatu dalam menunjukkan kesatuan dalam menolak kemunculan semula seksyen 88A dengan mengundi ahli Parlimen yang berfikir mengikut kaca mata Islam.
NIK BAHRUM NIK ABDULLAH
Pengerusi 
Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia
PAS Negeri Kelantan
HARAKAH 29/01/2018



Sobat baru saja selesai membaca :

Apa Jadi Dengan Keputusan Kes Indera Gandi? Menyedihkan -PAS

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Apa Jadi Dengan Keputusan Kes Indera Gandi? Menyedihkan -PAS dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Apa Jadi Dengan Keputusan Kes Indera Gandi? Menyedihkan -PAS link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/01/apa-jadi-dengan-keputusan-kes-indera.html

Subscribe to receive free email updates: