Judul : 6 Pasangan Nyaris Zina Dicekup Khalwat..
link : 6 Pasangan Nyaris Zina Dicekup Khalwat..
6 Pasangan Nyaris Zina Dicekup Khalwat..
JOHOR BAHRU – Pasangan kekasih yang daftar di hotel bajet atas nama orang lain, antara dicekup kerana disyaki berkhalwat dalam serbuan di Taman Daya dan Taman Mount Austin, awal pagi tadi.
Menurut laporan media tempatan, mereka mendaftar masuk dengan bayaran penginapan serendah RM50 bagi dua jam dan nyaris berzina apabila sempat ditahan dalam operasi Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Lelaki tempatan berusia 22 tahun itu ditahan bersama pasangannya, wanita tempatan berusia 23 tahun kira-kira pukul 12.10 tengah malam Isnin, dalam operasi Ambang Tahun Baharu yang dijalankan jabatan berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAINJ, Mohd. Hafiz Abdul Rahman, berkata pasangan itu antara hasil serbuan 20 anggota penguat kuasa JAINJ yang menahan enam lelaki dan enam wanita, termasuk lapan warga asing.
Katanya, hotel bajet bersubahat dengan menggalakkan penginapan mengikut jam dan tidak berdaftar, sekali gus menyumbang kepada kegiatan yang tidak bermoral untuk pasangan dapat melampiaskan nafsu batin mereka.
“Hotel bajet ini dikesan cuba bersekongkol dengan memberikan harga penginapan yang murah, mahu mengaut keuntungan segera sehingga sanggup melakukan apa saja bagi mendapatkan pelanggan.
“Kebanyakan yang ditahan ialah warga asing. Mereka yang sepatutnya datang ke negara ini untuk kerja, seharusnya perlu hormati undang-undang yang dikuatkuasakan di Johor, terutama undang-undang syariah,” katanya.
Mohd. Hafiz berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas operasi Ambang Tahun Baharu 2018 di Balai Polis Taman Setia Indah, di sini pada Isnin. Mereka yang ditahan itu berusia antara 19 hingga 36 tahun
Kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997, kerana khalwat yang bawa hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Katanya, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Taman Setia Indah, dekat sini untuk laporan, sebelum dibawa ke pejabat Bahagian Penguat Kuasa JAINJ bagi tindakan lanjut. – Agensi/Mynewshub.cc
*Video bawah sekadar hiasan…
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Sobat baru saja selesai membaca :
6 Pasangan Nyaris Zina Dicekup Khalwat..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 6 Pasangan Nyaris Zina Dicekup Khalwat.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: 6 Pasangan Nyaris Zina Dicekup Khalwat.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/01/6-pasangan-nyaris-zina-dicekup-khalwat.html