Judul : Tahniah &Takziah Cikgu Azizan! Dari PAS. Mengapa?
link : Tahniah &Takziah Cikgu Azizan! Dari PAS. Mengapa?
Tahniah &Takziah Cikgu Azizan! Dari PAS. Mengapa?
TAHNIAH kepada Cikgu Azizan! Tahniah kerana menjalankan tugas dengan penuh didikasi. Takziah kepada cikgu kerana di saman hingga ke mahkamah. Semoga Cikgu Azizan tabah dan cekal menghadapinya. Kata Ustaz Idris Ahmad, Naib Presiden PAS, melalui HARAKAHDAILY.
"Tidak mengapa cikgu, majoriti rakyat bersama cikgu. Cikgu didakwa bukan kerana cabul kehormatan murid, bukan kerana menjadi pengedar pil kuda di sekolah, bukan kerana rasuah. Tetapi cikgu didakwa kerana menjalankan tugas sebagai pendidik.
"Negara memerlukan lebih ramai seperti Cikgu Azizan. Sanggup menghadapi apa sahaja demi melaksanakan tugas sebagai pendidik. Cikgu Azizan boleh hidup selesa dan tidak perlu pening kepala dan serabut perut mengenai anak muridnya jika beliau seorang guru yang tidak bertanggungjawab." Kata beliau lagi.
Sementara itu, Guru berkenaan dikenali sebagai Cikgu Azizan, dikatakan menampar seorang pelajar yang didakwa melakukan kesalahan disiplin berat berulang antaranya, menghidu gam, bergaduh, ponteng kelas dan membuli pelajar lain di sekolah.
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), dalam satu kenyataan menyeru semua guru di seluruh negara hadir memberikan sokongan kepada Cikgu Azizan, yang mungkin hilang jawatan jika didapati bersalah dalam perbicaraan.
“NUTP akan menyediakan peguam untuk bela Cikgu Azizan. Pada masa sama, NUTP ingin memanggil semua guru di Malaysia hadir memberikan sokongan moral, dengan datang ke mahkamah pada 19 Disember, 8.30 pagi di Mahkamah Majistret Seremban,” katanya.
Kenyataan itu ditandatangani Setiausaha Agung NUTP, Henry Tan Huat Hock.
NUTP dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Taman Semarak, Nilai, dan qariah masjid setempat akan mengadakan Majlis Solat Hajat Dan Solidariti untuk Cikgu Azizan, malam ini. Majlis diadakan di Masjid Taman Semarak, Nilai itu dijangka turut dihadiri Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak.
“Tuan, puan dijemput hadir sebagai solidariti mempertahankan Cikgu Azizan yang akan didakwa di mahkamah, 19 Disember ini, atas ketegasan beliau mendidik dan menjaga disiplin pelajar di sekolah.
“Kepada yang bukan Islam, anda juga dijemput tetapi perlu jaga sensitiviti masjid dengan pakai pakaian bersesuaian,” katanya dalam kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebook rasmi NUTP.
Terdahulu, satu majlis solat hajat turut diadakan di Surau Taman Semarak 1.
Pada 31 Oktober lalu, Azizan menghadiri pendengaran sebutan pertama kes di Mahkamah Majistret Seremban dan didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah, kerana secara sukarela menyebabkan kecederaan.
Sekiranya didapati bersalah, Azizan akan menghadapi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Menurut laporan yang disiarkan sebuah laman web, selepas pendengaran pertama, hakim menetapkan Azizan diikat jamin RM500.
Laporan itu menyebut Azizan digari dan ditempatkan bersama 13 tahanan lain, yang terbabit kesalahan jenayah serius termasuk dadah.
“Dia didakwa kerana mengambil tindakan disiplin terhadap pelajar itu. Untuk maklumat anda, dia melakukannya kerana pelajar itu menghidu gam di sekolah dan mempengaruhi tiga pelajar lain untuk melakukan perkara sama.
“Kesalahan itu dilakukan sejak tahun lalu. Pelajar itu juga terbabit kes buli, memukul pelajar lain dan ponteng sekolah,” kata laporan itu.
Kes Azizan menjadi viral di laman sosial dan mendapat sokongan ramai pihak.
Sokongan kepada Azizan diperluaskan menerusi hashtag #PrayForCikguAzizan selain nasihat kepada guru lain untuk mengambil iktibar daripada kes berkenaan sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian sama kepada mereka, satu hari nanti. (IH)
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Sobat baru saja selesai membaca :
Tahniah &Takziah Cikgu Azizan! Dari PAS. Mengapa?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tahniah &Takziah Cikgu Azizan! Dari PAS. Mengapa? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Tahniah &Takziah Cikgu Azizan! Dari PAS. Mengapa? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/12/tahniah-cikgu-azizan-dari-pas-mengapa.html