Selepas Hina Bugis, Mahathir Singgung Polis Pula?

Selepas Hina Bugis, Mahathir Singgung Polis Pula? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Selepas Hina Bugis, Mahathir Singgung Polis Pula?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Selepas Hina Bugis, Mahathir Singgung Polis Pula?
link : Selepas Hina Bugis, Mahathir Singgung Polis Pula?

Baca juga


Selepas Hina Bugis, Mahathir Singgung Polis Pula?


KUALA LUMPUR – “Polis adalah satu institusi yang ramai anggotanya dan besar peranannya. Saya tertanya-tanya apakah Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai Penasihat Politik atau tidak?”

Itu persoalan dibangkitkan ahli akademik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berikutan ucapan Mahathir dalam Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam, Selangor hari ini.
Katanya, ucapan Mahathir yang menuduh polis “tidak mematuhi undang-undang dan aturan peraturan” pada perhimpunan pertama PPBM berpotensi menyinggung perasaan pegawai dan anggota polis yang menjaga keselamatan negara ini.
“Ucapan Mahathir agak panjang iaitu merangkumi 70 perenggan. Apa yang berpotensi untuk ditonjolkan adalah bahagian ucapan beliau pada perenggan 23.
“Ini kerana bahagian ucapan ini boleh disensasikan hingga menyebabkan Pakatan Harapan diseliputi masalah dengan institusi polis pula setelah diseliputi masalah dengan institusi Raja-Raja Melayu,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Sebelum ini Mahathir menguris perasaan bangsa Bugis apabila dianggap menghina etnik itu semasa berucap dalam perhimpunan Pakatan Harapan di Petaling Jaya beberapa bulan lalu.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah malah menzahirkan rasa murka baginda terhadap perbuatan Mahathir menyebut Lanun Bugis kerana boleh mencetuskan perasaan benci serta prasangka buruk masyarakat terhadap etnik itu.
Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan bagaimanapun tidak meminta maaf diatas ketelanjuran itu sebaliknya menunjukkan kebiadapannya dengan memulangkan semula dua darjah kebesaran yang pernah diterimanya daripada Sultan Selangor.
Sebilangan pihak mendakwa perbuatan Mahathir itu berkemungkinan bertujuan menunjukkan kepada rakyat bahawa dirinya lebih besar berbanding Raja-Raja Melayu akibat dipengaruhi DAP yang kini menjadi sekutu kuatnya. – MYNEWSHUB.CC
Lihat sebelum ini..


Sobat baru saja selesai membaca :

Selepas Hina Bugis, Mahathir Singgung Polis Pula?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Selepas Hina Bugis, Mahathir Singgung Polis Pula? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Selepas Hina Bugis, Mahathir Singgung Polis Pula? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/12/selepas-hina-bugis-mahathir-singgung.html

Subscribe to receive free email updates: