Judul : PH Lebih Sibuk Rebut Calon PM Dari Menegakkan Islam... -Abd Hadi
link : PH Lebih Sibuk Rebut Calon PM Dari Menegakkan Islam... -Abd Hadi
PH Lebih Sibuk Rebut Calon PM Dari Menegakkan Islam... -Abd Hadi
PAS menempelak tindakan pihak tertentu yang lebih mengutamakan calon Perdana Menteri, selain pembentukan Kabinet bayangan jika mereka konon menang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata tindakan pelik kumpulan tersebut adalah bercanggah dengan adab yang dibawa oleh Rasulullah SAW sendiri.
Beliau berkata, adab Islam menyaksikan Nabi Muhammad SAW tidak berjuang kerana mengejar jawatan, sebaliknya menegakkan Islam berkonsepkan mendahulukan pembangunan insan yang beriman, berilmu dan berakhlak.
“Ia juga bukannya sekadar ekonomi sahaja atau melahirkan tokoh tanpa iman, ilmu dan akhlak. Maka, PAS tidak mendahulukan pembentukan Kabinet atau lantik siapa bakal Perdana Menteri, yang bakal menjadi bangkai sahaja.
“Inilah adab diajar Rasulullah SAW apabila Ketua Kabilah Bani Amir yang ditawarkan kemenangan Islam tanya siapa ketua negaranya, lantas sabda Baginda SAW: ‘Urusan Allah menentukan dengan kehendakNya’,” kata Abdul Hadi.
Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian dalam kenyataan pada Jumaat dipercayai merujuk kepada tindakan gabungan pakatan pembangkang diterajui DAP, yang akan sekali lagi menamakan calon Perdana Menteri mereka.
Blok pembangkang belum lagi sah didaftarkan itu pada bulan depan dijangka membincangkan siapakah yang layak bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana masih menjalani hukuman penjara akibat kes liwat kali kedua.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dilaporkan media tempatan berkata bahawa konon pakatan pembangkang itu sudah mempunyai calon lain sebagai perdana menteri jika gabungan pelik tersebut memenangi PRU kelak.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, PAS menafsirkan Perlembagaan Persekutuan, yang meletakkan Islam menjadi agama negara, bukan sekadar simbol dan ia mestilah ditadbir dengan berdasarkan negara berkonsepkan Islam.
Ini termasuk perihal urusan pelantikan ketua negara dan ketua kerajaan daripada penganut beragama Islam dan golongan Bumiputera Melayu yang beriman dalam melaksanakan Islam secara menyeluruh.
“Bukan semestinya PAS menjadi ketua kerajaan, bahkan PAS boleh terus menjadi pembangkang yang menasihat dan ta’awun dengan ketua negara yang boleh menerima Islam, sama ada kerajaan parti atau kerajaan teknokrat.
“Ini boleh diatur perubahannya ke arah lebih positif, bukannya perubahan dan pindaan Perlembagaan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti tikus membaiki labu,” kata Abdul Hadi lagi.
Beliau berkata, Rasulullah turut menerima mereka yang berbaiah dan setia menunaikan baiahnya bersama Islam diperjuangkan dengan istiqamah dan menunggu pertolongan Allah selepas memenuhi syarat yang diperintahkan.
“Begitulah PAS boleh menerima sesiapa sahaja, termasuk DAP jika menerima Islam yang sempurna, akidah, syariat, akhlak dan nizam serta menunggu kemenangan dijanjikan kepada Islam dengan berjuang memenuhi syaratnya.
“Persoalannya, mengapa Islam dihalang daripada kemenangan dan dijatuhkan selepas menang? Ini bukan kerana salah dan sesatnya, tetapi kerana dengki yang berterusan daripada musuh Islam yang sentiasa mencari alasan.
“Juga berbohong yang dicipta dan putar belit ajaran Islam hingga keliru,”katanya. PAS tetap berterus-terang dan istiqamah bersama Islam tanpa sembunyi dan berdolak-dalih semata-mata raih simpati sokongan semua pihak.
Beliau berkata, konsep PAS tidak memisahkan antara dakwah dan politik supaya seramai mungkin manusia menerima Islam dengan ikrar dan keyakinan hatinya yang ikhlas, sehingga menganut Islam tanpa paksaan.
Atau mereka tidak perlu menganut Islam tetapi bersedia bernaung di bawah pemerintahan Islam yang lebih baik, sekali gus menegakkan Islam menjadi pemerintah dan pemimpin secara terbuka.
“Dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepemimpinan utama yang jaga dasar dan konsep daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep.
“Maka, Islam menerima kedudukan bukan Islam melalui pilihan raya atau konsep kerajaan teknokrat. PAS yang menegaskan kedudukan Islam dalam perlembagaannya menerima kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Ini juga menerima konsep Raja Berperlembagaan yang menjadi tonggaknya, menerima juga kaum bukan Islam menjadi warga negara berkonsepkan saudara kemanusiaan, walaupun dibawa masuk oleh penjajah terdahulu.
“Namun, PAS tetap menolak konsep sekular warisan penjajah kerana bercanggah dengan Islam yang diletakkan dalam Perlembagaan negara kita yang sudah merdeka,” kata Abdul Hadi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Sobat baru saja selesai membaca :
PH Lebih Sibuk Rebut Calon PM Dari Menegakkan Islam... -Abd Hadi
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang PH Lebih Sibuk Rebut Calon PM Dari Menegakkan Islam... -Abd Hadi dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: PH Lebih Sibuk Rebut Calon PM Dari Menegakkan Islam... -Abd Hadi link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/12/ph-lebih-sibuk-rebut-calon-pm-dari.html