Judul : Masalah Artis Hijrah, Tak Mahu Dedah Aurat Lamanya Diulang Siar.
link : Masalah Artis Hijrah, Tak Mahu Dedah Aurat Lamanya Diulang Siar.
Masalah Artis Hijrah, Tak Mahu Dedah Aurat Lamanya Diulang Siar.
Norkhiriah berharap agar drama lakonannya ketika dia belum menutup aurat tidak lagi disiarkan. Foto Insgtam @noorkhiriah
HALAMAN HIBURAN
PELAKON Norkhiriah berharap permintaan dia agar drama lakonannya sebelum menutup aurat tidak lagi diulang siar tidak disalahertikan.
Norkhiriah atau Norkhiriah Ahmad Shafie, 40, sebaliknya berkata, permintaan itu dibuat kerana dia berasa takut akan dosa yang perlu ditanggung apabila orang lain melihatnya dalam keadaan tidak menutup aurat.
"Maafkan saya andai kata permintaan itu di luar kemampuan yang tidak sepatutnya dan andai ada terasa hati.
"Itu aurat saya, dosa saya... Saya mungkin tiada hak untuk menyekat tetapi dengarlah suara hati saya.
Terdahulu, Norkhiriah menerusi Instagram miliknya ada meninggalkan komen meminta stesen televisyen tidak lagi mengulang siar drama lakonannya selain perkara berkaitan ketika dia belum menutup aurat.
Bagaimanapun pelakon drama Bedah Tong Gas ini memadam komen kerana ingin mengelakkan salah faham dalam kalangan pengikutnya. Dalam pada itu, Norkhiriah berkata, dia sendiri berasa malu melihat penampilannya sebelum ini namun sedar ia adalah satu proses pembelajaran.
"Saya sendiri tengok aurat saya, Masya-Allah kenapalah begitu rupanya tapi bila difikirkan tiada salah tak datang betulnya.
"Ketika rambut saya mengerbang, maafkan saya. Saya jahil lagi hina, saya pendosa yang ingin ke syurga.
"Kata orang yang lama jangan dikenang maka harap tiada lagi yang diulang tayang selepas ini," ujarnya.
Sementara itu, Norkhiriah yang pernah mengeluarkan kenyataan ingin meninggalkan dunia seni memberitahu kenyataan dibuatnya itu satu kesilapan. Ini kerana kata Norkhiriah, lakonan masih tersemat dalam jiwanya dan apa diluahkan sebelum ini adalah datang daripada perasaan kecewa.
Norkhiriah bersama keluarga.
"Saya belajar satu perkara jangan buat keputusan ketika dalam keadaan marah dan apabila saya cakap nak berhenti berlakon ia adalah satu kesilapan.
"Lakonan sudah sebati dalam diri saya selepas 20 tahun bergelar pelakon dan perasaan rindu hendak kembali ke set penggambaran itu sentiasa ada," katanya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya, masalah artis berhijrah, tidak mahu dedah aurat lamanya diulang siar itu bukan masalah baru, sudah lama tetapi tidak diambil berat oleh pihak berwajib. Mereka memandang remeh dalam hal ini, tidak pedulikan pahala dosa dalam kehidupan rakyat.
Apakah masih tidak bertemu lagi jalan selesainya? Masih belum cukup cerdikkah kerajaan Malaysia dalam mengatasi masalah ini? (IH)
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Sobat baru saja selesai membaca :
Masalah Artis Hijrah, Tak Mahu Dedah Aurat Lamanya Diulang Siar.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Masalah Artis Hijrah, Tak Mahu Dedah Aurat Lamanya Diulang Siar. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Masalah Artis Hijrah, Tak Mahu Dedah Aurat Lamanya Diulang Siar. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/12/masalah-artis-hijrah-tak-mahu-dedah.html