Judul : Ini 'Politik Terdesak' Baru Tun M, Buat Apa Saja Untuk Sokongan -Nik Amar
link : Ini 'Politik Terdesak' Baru Tun M, Buat Apa Saja Untuk Sokongan -Nik Amar
Ini 'Politik Terdesak' Baru Tun M, Buat Apa Saja Untuk Sokongan -Nik Amar
KOTA BHARU – Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, berdasarkan pengamatan pihaknya, bekas Perdana Menteri itu akan melakukan apa sahaja sebagaimana pendirian terbaharu beliau yang bersungguh-sungguh menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.
Katanya, semua sedia maklum, Dr. Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab memasukkan Anwar ke dalam penjara dengan menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri itu melakukan perbuatan menjijikkan sebelum ini.
“Semua ini politik terdesak yang ditunjukkan Dr. Mahathir kerana kita nampak beliau sudah tidak tahu buat apa lagi untuk mendapatkan sokongan.
“Berdasarkan pengalaman kita, Dr. Mahathir ini dilihat boleh buat apa sahaja, mungkin dekat PRU-14, ada benda-benda lain lagi yang pelik akan keluar.
“Saya percaya, rakyat sama sekali tidak akan terpengaruh dan terperdaya dengan politik Dr. Mahathir ini,” katanya kepada pemberita selepas ceramah umum di Lundang di sini malam tadi.


Baru-baru ini, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan menggesa agar Anwar segera dibebaskan dari penjara.
Dr. Mahathir membuat gesaan tersebut menerusi satu kenyataan bersama dengan peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley dengan menganggap Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera. – Utusan
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Sobat baru saja selesai membaca :
Ini 'Politik Terdesak' Baru Tun M, Buat Apa Saja Untuk Sokongan -Nik Amar
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Ini 'Politik Terdesak' Baru Tun M, Buat Apa Saja Untuk Sokongan -Nik Amar dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Ini 'Politik Terdesak' Baru Tun M, Buat Apa Saja Untuk Sokongan -Nik Amar link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/12/ini-politik-terdesak-baru-tun-m-buat.html