Judul : Lebih Ramai YB PAS Akan Keluar Parti.. Siapa? -PAN
link : Lebih Ramai YB PAS Akan Keluar Parti.. Siapa? -PAN
Lebih Ramai YB PAS Akan Keluar Parti.. Siapa? -PAN
KUALA LUMPUR – Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat mendakwa lebih ramai wakil rakyat PAS akan bertindak meninggalkan parti itu.
Kata beliau, wakil rakyat PAS terbabit akan mengikuti jejak Ahli Dewan Undangan (ADUN) PAS Anak Bukit, Amiruddin Hamzah yang kini menyertai parti Tun Dr. Mahathir Mohamad.
“Amiruddin Hamzah sertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Ramai lagi YB (wakil rakyat) PAS akan keluar PAS,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.
Amiruddin kelmarin mengumumkan beliau menyertai PPBM kerana PAS enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.
Pakatan Harapan dibarisi oleh parti sekular DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAN dan PPBM.
Suhaizan dalam pada itu mendakwa Pengerusi Lembaga Penasihat PAS, Datuk Mustafa Ali turut mengkritik partinya sendiri baru-baru ini.
Kata beliau, Mustafa menyifatkan PAS ketika ini berbeza berbanding PAS sebelum ini kerana tidak mempunyai strategi politik yang bulat (jelas)
“Saya rasa sebab itulah pemimpin dan ahli PAS keluar parti,” katanya.- Mynewshub.cc
Lihat sebelum ini..
- Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
- Dia Yang Duduk Di Kerusi Buruk Ini, Diiktiraf Peng...
- Ini, Penerima Rasuah RM90J? Lihat Rumahnya Sedang ...
- Mengapa Dengan Lebai Tua Yang Kononnya Tidak Profe...
Sobat baru saja selesai membaca :
Lebih Ramai YB PAS Akan Keluar Parti.. Siapa? -PAN
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Lebih Ramai YB PAS Akan Keluar Parti.. Siapa? -PAN dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Lebih Ramai YB PAS Akan Keluar Parti.. Siapa? -PAN link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/11/lebih-ramai-yb-pas-akan-keluar-parti.html