“Haiwan lidah bercabang mana pula sumber Ambiga itu?” -Roslan M/Shahir

“Haiwan lidah bercabang mana pula sumber Ambiga itu?” -Roslan M/Shahir - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: “Haiwan lidah bercabang mana pula sumber Ambiga itu?” -Roslan M/Shahir, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : “Haiwan lidah bercabang mana pula sumber Ambiga itu?” -Roslan M/Shahir
link : “Haiwan lidah bercabang mana pula sumber Ambiga itu?” -Roslan M/Shahir

Baca juga


“Haiwan lidah bercabang mana pula sumber Ambiga itu?” -Roslan M/Shahir



Tindakan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown menamakan Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai sumber maklumat bakal menggugat kredibiliti bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia itu, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Mohd Shahir.
“Jika palsu memang Brown ini pemfitnah antarabangsa yang tersohor.
“Tetapi jika benar. Jika memang Ambiga lah sumber Brown dan Ambiga pula bukan punya maklumat tetapi mendengarnya pula dari sumber lain maka kredibiliti beliau sebagai seorang peguam dan pejuang keadilan sangat diragui dan boleh dipertikaikan.
“Jika benar Ambiga juga punya agenda politik untuk memusnahkan PAS,”kata Roslan dalam satu kenyataan.

Roslan berkata demikian sebagai mengulas dokumen pembelaan Editor Sarawak Report yang menamakan Ambiga sebagai sumber maklumat yang memberitahu portal itu bahawa kepimpinan PAS telah menerima dana berjumlah RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Ambiga memberitahu defendan yang sumbernya, yang menurutnya boleh dipercayai, menjangkakan jumlah yang telah dibayar adalah sekitar RM90 juta,” kata Rewcastle-Brown, menurut dokumen mahkamah bertarikh 11 Oktober itu.

Tambah Roslan, pembelaan Rewcastle-Brown tidak kukuh kerana ia bergantung sumber Ambiga yang mendengar daripada sumber lain.
Dalam erti kata lain, ia bukan fakta, tetapi dengar cakap atau hear say.

“Khabar “hearsay” atau dengar cakap sebegini sepatutnya Ambiga faham sangat melalui ilmu dan profesionnya.

“Tetapi jika beliau pula penyampai hearsay, disampaikan kepada juru sabotaj bertaraf Brown yang beliau tahu sangat akan pungut dan gunakannya maka jelas Ambiga juga pincang dan jahat.
“Haiwan lidah bercabang mana pula sumber Ambiga itu?,” soalnya.

Justeru Roslan mendesak Ambiga tampil mengesahkan dakwaan Editor Sarawak Report itu sama ada beliau berpihak kepada Rewcastle-Brown atau sebaliknya.

“Semoga Ambiga segera bangkit membuat penjelasan melainkan benar beliau bersekongkol dengan Brown.
“Melalui saman di UK itu PAS yakin kebenaran akhirnya akan terserlah. Apabila itu berlaku segala agenda jahat untuk memusnahlan PAS akan kecundang.
“Khianat sungguhlah mereka yang menjadi perkakas kepada agenda asing untuk melenyapkan PAS ini.
“Mari kita tunggu penjelasan Ambiga,” katanya lagi



giant-hypermarket

5 Pasaraya Giant Akan Ditutup Serentak 5 November Ini..
Ini Solosi pekerjanya!
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.



Sobat baru saja selesai membaca :

“Haiwan lidah bercabang mana pula sumber Ambiga itu?” -Roslan M/Shahir

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang “Haiwan lidah bercabang mana pula sumber Ambiga itu?” -Roslan M/Shahir dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: “Haiwan lidah bercabang mana pula sumber Ambiga itu?” -Roslan M/Shahir link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/11/haiwan-lidah-bercabang-mana-pula-sumber.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :