Judul : 201 Ditahan, Rasuah & Memodenisasi Arab Saudi..
link : 201 Ditahan, Rasuah & Memodenisasi Arab Saudi..
201 Ditahan, Rasuah & Memodenisasi Arab Saudi..
GAMBAR pada 5 November lalu menunjukkan Hotel Ritz Karlton di Riyadh di mana sebahagian individu terbabit kes rasuah dilaporkan ditahan.- AFP
RIYADH – Arab Saudi menahan dan menyoal siasat seramai 201 orang termasuk putera raja serta ahli perniagaan berhubung rasuah dan salah guna kuasa melibatkan kerugian berjumlah AS$100 bilion (RM419 bilion) kelmarin.
Perkembangan itu susulan penyingkiran terbesar golongan elit dalam sejarah Arab Saudi pada hujung minggu lalu.
Penyingkiran tersebut menyaksikan sebilangan putera raja, menteri dan seorang bilionair perniagaan, Putera Al-Waleed bin Talal ditangkap ataupun dipecat ketika Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengukuhkan kuasanya.
Situasi tegang di dunia Arab juga makin meruncing dengan Arab Saudi dan Iran berbalah berhubung serangan peluru berpandu dari Yemen dan krisis politik Lebanon berikutan peletakan jawatan Perdana Menterinya, Saad Al-Hariri dari Riyadh.
“Seramai 208 individu dipanggil untuk disoal siasat setakat ini tetapi tujuh telah dibebaskan,” kata Kementerian Maklumat Arab Saudi yang memetik kenyataan Peguam Negara, Sheikh Saud Al-Mojeb.
Menurut kenyataan itu, pihak berkuasa juga membekukan akaun bank 201 individu berkenaan dan memberi amaran bahawa aset mereka akan dirampas dan dijadikan harta negara.
“Gejala rasuah yang dibongkar amat besar. Berdasarkan siasatan sejak tiga tahun lalu, kami menganggarkan sekurang-kurangnya AS$100 bilion telah diseleweng menerusi penyalahgunaan dan rasuah yang berlaku secara sistematik selama beberapa dekad,” tambah kenyataan sama.
Kesemua mereka ditangkap selepas Arab Saudi menubuhkan sebuah suruhanjaya pencegahan rasuah diketuai oleh Putera Mohammed.
Beliau yang merupakan anak lelaki Raja Salman, 81, dilihat sebagai pemerintah negara itu dan mengawal semua kedudukan dalam kerajaan.
Penyingkiran berani tetapi berisiko itu membolehkan Putera Salman, 32, mengukuhkan kuasanya ke tahap yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Arab Saudi.
Putera Mahkota itu kini giat memacu program modenisasi Arab Saudi, Wawasan 2030, manakala Riyadh turut mengambil pendekatan lebih agresif di dunia Arab. – AFP
IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat. Begitu juga mengenai kerja petik buah.
Sobat baru saja selesai membaca :
201 Ditahan, Rasuah & Memodenisasi Arab Saudi..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 201 Ditahan, Rasuah & Memodenisasi Arab Saudi.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: 201 Ditahan, Rasuah & Memodenisasi Arab Saudi.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/11/201-ditahan-rasuah-memodenisasi-arab.html