Judul : RM2.5 Bilion Baiki Hampir 2,000 Sekolah Daif -Bajet 2018
link : RM2.5 Bilion Baiki Hampir 2,000 Sekolah Daif -Bajet 2018
RM2.5 Bilion Baiki Hampir 2,000 Sekolah Daif -Bajet 2018
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat hari ini, mengumumkan peruntukan terbesar berjumlah RM2.5 bilion melalui kaedah ‘Industrial Building System’ untuk membaiki hampir 2,000 sekolah daif di seluruh negara.
Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata peruntukan itu adalah bagi tempoh dua tahun merangkumi RM500 juta bagi sekolah-sekolah daif di Semenanjung Malaysia dan masing-masing RM1 bilion bagi Sabah serta Sarawak.
Bagi bantuan persekolahan pula, beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM2.9 bilion untuk bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan.
Katanya kerajaan memperuntukkan RM550 juta kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah bagi tujuan baik pulih, meliputi Sekolah Kebangsaan (RM250 juta); Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (RM50 juta) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (RM50 juta).
Selain itu, katanya, peruntukan itu turut merangkumi Sekolah Mubaligh (RM50 juta); Sekolah Berasrama Penuh (RM50 juta); Maktab Rendah Sains MARA (RM50 juta) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (RM50 juta).
Menurut Perdana Menteri, bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kepada murid sekolah berpendapatan rendah diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM328 juta yang memanfaatkan 3.2 juta murid. – BERNAMA
IKLAN:
Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.
Sobat baru saja selesai membaca :
RM2.5 Bilion Baiki Hampir 2,000 Sekolah Daif -Bajet 2018
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang RM2.5 Bilion Baiki Hampir 2,000 Sekolah Daif -Bajet 2018 dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: RM2.5 Bilion Baiki Hampir 2,000 Sekolah Daif -Bajet 2018 link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/10/rm25-bilion-baiki-hampir-2000-sekolah.html