Judul : Lebih RM20.8J Untuk Bai-pulih Lif Pangsapuri
link : Lebih RM20.8J Untuk Bai-pulih Lif Pangsapuri
Lebih RM20.8J Untuk Bai-pulih Lif Pangsapuri
KERAJAAN Negeri Selangor telah membelanjakan lebih RM20.8 juta bagi kerja membaik pulih lif di kawasan perumahan pangsapuri seluruh negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata ia sebahagian usaha kerajaan negeri di bawah program ‘Selangor Smart Life’ dengan peruntukan keseluruhan RM30 juta bagi menangani masalah dihadapi penduduk pangsapuri, lapor SelangorKini.
“Setakat ini kita telah membelanjakan lebih RM20.8 juta iaitu merangkumi 17 kawasan dengan jumlah 86 unit lif dibaik pulih.
“Pangsapuri Desa Mentari Blok Satu ini adalah antara kawasan dikenal pasti untuk kerja baik pulih,” katanya kepada media selepas lawatan ke pangsapuri itu, Petaling Jaya, hari ini.
Beliau berkata, kerja membulih pulih lif di kawasan itu akan dijalankan dengan segera demi kemudahan penduduk.
Katanya, masalah kerosakan lif dikatakan berpunca daripada syarikat mengendalikannya yang didakwa penduduk menggunakan peralatan sedia ada untuk dipasang di lif kawasan lain.
“Kita telah berbincang dengan pihak berkaitan dan kerja baik pulih akan diselesaikan secepat mungkin,” ujarnya.
Menurutnya lagi, peruntukan keseluruhan bagi membaik pulih lif adalah RM22 juta manakala penyelenggaraan sebanyak RM7 juta.
Sobat baru saja selesai membaca :
Lebih RM20.8J Untuk Bai-pulih Lif Pangsapuri
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Lebih RM20.8J Untuk Bai-pulih Lif Pangsapuri dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Lebih RM20.8J Untuk Bai-pulih Lif Pangsapuri link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/10/lebih-rm208j-untuk-bai-pulih-lif.html