Judul : Lawak Lucah Di Tv Dikecam. Pengacara Gunting Baju Dipakai..
link : Lawak Lucah Di Tv Dikecam. Pengacara Gunting Baju Dipakai..
Lawak Lucah Di Tv Dikecam. Pengacara Gunting Baju Dipakai..
Seorang penyampai TV di Sepanyol telah mencetuskan kemarahan ramai selepas dia memotong gaun yang dipakai oleh seorang lagi rakan penyampai program `Afternoon Here And Now’ dengan gunting ketika rancangan itu disiarkan secara langsung pada waktu siang.
Juan y Medio sedang mengacarakan rancangan itu dengan Eva Ruiz apabila dia tiba-tiba membawa gunting dan kemudian menggunting gaun wanita itu hingga pendek dan hampir menampakkan seluar dalam Eva.
Walaupun Juan mendakwa ia merupakan aksi balas dendam dalam aksi sebelum ini, namun Eva kelihatan malu dan terpaksa menutup bahagian badannya ketika kamera dihalakan ke arahnya.
Menurut Juan, Eva sebelum ini telah memotong seluarnya dalam rancangan secara langsung itu selepas dia enggan menari.
Namun seluar yang dipotong itu bukan seluar yang dipakai oleh Juan ketika itu.
Selain orang ramai, seorang ahli politik, Teresa Rodriguez telah mengecam rancangan berkenaan menerusi Twitter.
“Bagaimana jika anak-anak kita melihat rancangan untuk siaran umum ini? Tidakkah mereka berasa ia adalah kelakar jika dilakukan kepada kanak-kanak perempuan lain?, demikian soalnya.
Dalam pada itu, stesen TV itu, Canal Sur telah mengemukakan permohonan maaf menerusi media sosial dan menyifatkan ia sebagai gurauan antara penyampainya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jangan dibiarkan trend lawak tak beradap atau berunsur lucah ini melanda masuk Malaysia, kalau mahu Malaysia menuju ke arah negara berperadaban.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jangan dibiarkan trend lawak tak beradap atau berunsur lucah ini melanda masuk Malaysia, kalau mahu Malaysia menuju ke arah negara berperadaban.
Sobat baru saja selesai membaca :
Lawak Lucah Di Tv Dikecam. Pengacara Gunting Baju Dipakai..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Lawak Lucah Di Tv Dikecam. Pengacara Gunting Baju Dipakai.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Lawak Lucah Di Tv Dikecam. Pengacara Gunting Baju Dipakai.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/09/lawak-lucah-di-tv-dikecam-pengacara.html