Judul : Dari Mana Zahid Dapat RM230 Juta?.. Soal Mahathir
link : Dari Mana Zahid Dapat RM230 Juta?.. Soal Mahathir
Dari Mana Zahid Dapat RM230 Juta?.. Soal Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menyerang kepimpinan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, apabila menimbulkan pengisytiharan harta yang dibuatnya ketika dilantik sebagai Pemuda Umno.
Mahathir mendakwa perisytiharan Zahid yang dibuat kepadanya selaku perdana menteri pada tahun 1996 telah mendedahkan yang naib presiden Umno itu memiliki sembilan angka dalam akaun banknya.
"Apabila saya tanya dari mana ia perolehi RM230 juta yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas.
"Jikalau dia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak," kata Mahathir dalam kiriman di blognya.
Malaysiakini telah menghubungi pembantu Zahid, Ibrahim Yahaya untuk mengulas mengenai tuduhan Mahathir dan sedang menunggu maklum balas daripada naib presiden Umno itu.
Semalam, Mahathir juga mendakwa Zahid telah mendapatkan sokongannya bagi menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri.
Serangan Mahathir itu dibuat selepas Zahid mengungkit keturunan bekas perdana menteri itu yang berdarah campuran India.
Zahid semasa mesyuarat Umno bahagian Kelana Jaya juga mendedahkan butiran kad pengenalan Mahathir. BN juga menuduh Mahathir mengumpul kekayaan untuk keluarganya ketika menjadi perdana menteri tetapi beliau menafikan tuduhan itu.
Sobat baru saja selesai membaca :
Dari Mana Zahid Dapat RM230 Juta?.. Soal Mahathir
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Dari Mana Zahid Dapat RM230 Juta?.. Soal Mahathir dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Dari Mana Zahid Dapat RM230 Juta?.. Soal Mahathir link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/08/dari-mana-zahid-dapat-rm230-juta-soal.html