Judul : Tan Sri Bekas Naib Presiden MIC &Anak Didakwa SPRM
link : Tan Sri Bekas Naib Presiden MIC &Anak Didakwa SPRM
Tan Sri Bekas Naib Presiden MIC &Anak Didakwa SPRM
KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Tan Sri S. Balakrishnan dan anak lelakinya didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen di sini semalam masing-masing atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu dan bersubahat berkaitan projek mengindah dan memulihkan Sungai Melaka bernilai hampir RM13 juta empat tahun lalu.
Balakrishnan, 63, dan anaknya, B. Ashok Kumar, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka masing-masing dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail dan Azura Alwi.
Di hadapan Allaudeen, Balakrishnan yang merupakan bekas Pengarah Syarikat Sinnayah & Sons Sdn. Bhd. didakwa membuat tuntutan bayaran yang mengandungi butiran palsu bagi kerja-kerja membekal dan menghantar bekas takungan air sebanyak 358 unit bernilai RM12,888,000 sedangkan bekas takungan air yang dibekalkan hanya 89 unit.
Dokumen tuntutan berkenaan dikemukakan melalui juruukur bahan yang dilantik syarikat Sinnayah & Sons iaitu Nuri Abdullah kepada pengarah bahagian projek khas Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Bekas Naib Presiden MIC pada tahun 2013 hingga 2015 itu didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai RM10,000 atau mengikut mana yang lebih tinggi.
Di hadapan Azura, Ashok Kumar yang merupakan pengurus projek syarikat Sinnayah & Sons Sdn. Bhd. didakwa bersubahat dengan bapanya melakukan kesalahan tersebut.
IKLAN IH
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki
Berminat, sila klik ...
Sobat baru saja selesai membaca :
Tan Sri Bekas Naib Presiden MIC &Anak Didakwa SPRM
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tan Sri Bekas Naib Presiden MIC &Anak Didakwa SPRM dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Tan Sri Bekas Naib Presiden MIC &Anak Didakwa SPRM link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/07/tan-sri-bekas-naib-presiden-mic-didakwa.html