Jangan Jadikan Pegang Anjing Budaya Baharu: Jakim

Jangan Jadikan Pegang Anjing Budaya Baharu: Jakim - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Jangan Jadikan Pegang Anjing Budaya Baharu: Jakim, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Jangan Jadikan Pegang Anjing Budaya Baharu: Jakim
link : Jangan Jadikan Pegang Anjing Budaya Baharu: Jakim

Baca juga


Jangan Jadikan Pegang Anjing Budaya Baharu: Jakim


KUALA LUMPUR, 11 Syawal 1438H, Rabu  –  Umat Islam di nagara ini diminta tidak menjadikan budaya baharu dengan memegang anjing dan mereka perlu bertaubat dengan perbuatan mereka itu.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha berkata perbuatan seumpama itu akan menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam kerana ia bercanggah dengan pegangan mazhab Syafie serta adat  masyarakat Islam tempatan.
“Menurut mazhab Syafie, umat Islam dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri mereka  tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam. 
“Perbuatan sebegini dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baharu yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 
Beliau mengulas tindakan seorang wanita Islam yang dikenali sebagai Nurhanizah Abdul Rahman yang memuat naik gambar videonya di Facebook pada Sabtu lepas dengan menceritakan berkaitan anjing peliharaannya yang dinamakan Bubu.
Othman berkata, pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang termasuk anjing sebagai satu makhluk Allah, apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. 
Bagaimanapun katanya, dalam mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan itu sebagai binatang peliharaan. 
Hasil carian imej untuk pegang anjing
Malahan Islam mewajibkan semua umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian mereka.
Katanya, walaupun Islam meletakkan kaedah sertu atau samak apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai mughallazah atu najis berat, namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. 
“Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya,” katanya.
Othman berkata, bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu itu secara berhikmah demi kebaikan bersama, individu tersebut dinasihatkan agar merujuk kepada Jakim berkaitan hukum memelihara anjing.-   Bernama


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.


Sobat baru saja selesai membaca :

Jangan Jadikan Pegang Anjing Budaya Baharu: Jakim

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Jangan Jadikan Pegang Anjing Budaya Baharu: Jakim dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Jangan Jadikan Pegang Anjing Budaya Baharu: Jakim link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/07/jangan-jadikan-pegang-anjing-budaya.html

Subscribe to receive free email updates: