Judul : Israel Guna Cecair Kimia Robohkan Masjid Al-Aqsa' Jangka Panjang.
link : Israel Guna Cecair Kimia Robohkan Masjid Al-Aqsa' Jangka Panjang.
Israel Guna Cecair Kimia Robohkan Masjid Al-Aqsa' Jangka Panjang.
IH M'sia: Wakil organisasi Gerakan Islam di Israel Sheikh Kamal Khatib dalam wawancara dengan stesen televisyen Aljazeera minggu lalu mengatakan Israel menggunakan cecair kimia yang disuntik ke dinding Masjid Al-Aqsa untuk membuat masjid itu roboh sejak 22 tahun lalu.
Cecair kimia itu, kata Khatib, boleh membuat hakisan pada dinding masjid dan proses itu berlangsung dalam jangka panjang hingga membuat tembok masjid reput dan akhirnya boleh roboh. Dengan demikian Israel nantinya boleh beralasan masjid roboh kerana dinding yang sudah retak atau rapuh kerana dimakan usia.
"Dua puluh dua tahun lalu, kami sudah bilang, Al-Aqsa dalam bahaya. Pada waktu itu kami mengatakan, Israel memakai cecair kimia yang punya kesan jangka panjang. Cecair ini boleh menghakis bebatuan dan tiang tapi kesannya tidak langsung kelihatan, pada akhirnya mereka (Israel) akan bilang Al-Aqsa memang sudah retak, "kata Khatib, seperti dilapor laman the Times of Israel, Jumat pekan lalu.
Masjid Al-Aqsa xeniagreekmuslimah.wordpress.com
"Sekarang sudah terjadi. Di beberapa tempat sudah ada lubang. Memang rancangan Israel begitu supaya mereka boleh kata itu kerana proses semula jadi," kata dia.
Ketika ditanya sama ada Israel akan melakukan lagi cara itu setelah belakangan ini mereka menutup Al-Aqsa kerana peristiwa penembakan 14 Julai lalu, Khatib berkata kemungkinan itu ada.
"Ya, ya, saya bimbang begitu. Saya hampir yakin tujuan Israel menutup masjid bukan hanya untuk mencari senjata yang kata mereka disembunyikan di sana. Mereka tahu sebenarnya tidak ada senjata di dalam Masjid Al-Aqsa.
Israel menyebut para pemuda Palestin yang menyerang polis Israel di kompleks Al-Aqsa Jumaat dua minggu lalu itu menyeludup senjata ke kompleks Masjid Al-Aqsa sebelum melancarkan serangan.
Sejak peristiwa itu Israel menutup Al-Aqsa dan memasang kamera serta alat pengesan logam yang mencetuskan kemarahan warga muslim Palestin. (IH)
IKLAN IH
Dikehendaki Segera!! Tukang Gunting Rambut Lelaki
Berminat, sila klik ...
Sobat baru saja selesai membaca :
Israel Guna Cecair Kimia Robohkan Masjid Al-Aqsa' Jangka Panjang.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Israel Guna Cecair Kimia Robohkan Masjid Al-Aqsa' Jangka Panjang. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Israel Guna Cecair Kimia Robohkan Masjid Al-Aqsa' Jangka Panjang. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/07/israel-guna-cecair-kimia-robohkan.html