Di Perancis, Dua Didakwa Rasuah Kes Jual Kapal Selam Kepada Malaysia.. Di Malaysia?

Di Perancis, Dua Didakwa Rasuah Kes Jual Kapal Selam Kepada Malaysia.. Di Malaysia? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Di Perancis, Dua Didakwa Rasuah Kes Jual Kapal Selam Kepada Malaysia.. Di Malaysia?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Di Perancis, Dua Didakwa Rasuah Kes Jual Kapal Selam Kepada Malaysia.. Di Malaysia?
link : Di Perancis, Dua Didakwa Rasuah Kes Jual Kapal Selam Kepada Malaysia.. Di Malaysia?

Baca juga


Di Perancis, Dua Didakwa Rasuah Kes Jual Kapal Selam Kepada Malaysia.. Di Malaysia?


PENYIASAT Perancis mendakwa dua bekas eksekutif tertinggi atas tuduhan rasuah dalam siasatan panjang berhubung penjualan kapal selam kepada Malaysia pada 2002, kata sumber yang rapat dengan inkuiri itu semalam.



Dua individu itu ialah bekas pengerusi unit DCNI tentera laut Perancis, Philippe Japiot dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua eksekutif pertahanan dan syarikat elektronik besar di Perancis.

Kedua-duanya ditemu bual pada Mei, dan didakwa terbabit dalam rasuah, kata sumber.

Japiot turut dikenakan pertuduhan tambahan kerana “salah guna aset sosial” dan Perrier kerana “terlibat dalam penyalahgunaan aset sosial”, kata sumber lain.

Siasatan dimulakan pada 2010 susulan aduan kumpulan Suaram dari Malaysia.

Ia mendakwa pembuat kapal selam Perancis membayar komisen lebih €114 juta (RM570 juta) kepada satu syarikat rahsia yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, bekas kenalan rapat Perdana Menteri Najib Razak.

Najib ialah menteri pertahanan ketika urus niaga pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai AS$1.1 bilion dimeterai.

Dari 2001 hingga 2007, Japiot mengetuai DCNI, cawangan antarabangsa bagi operasi pembinaan kapal tentera laut.

Dua lagi individu sedang disiasat di Perancis dalam kes sama: Dominique Castellan yang juga bekas presiden DCNI dan Bernard Baiocco, bekas presiden Thales International Asia.

Semua empat individu terbabit menafikan sebarang salah laku dan kerajaan Malaysia berkata kontrak berkenaan bebas rasuah.

Perkara itu timbul pada 2006 apabila teman wanita Razak, Altantuya Shaariibuu, warga Mongolia yang dikatakan meminta bayaran kerana bertugas sebagai penterjemah dalam urus niaga itu, ditembak mati dan mayatnya diletupkan.

Mahkamah Malaysia kemudian membebaskan Razak daripada tuduhan bersubahat membunuh lapor The Malaysian Insight


Sobat baru saja selesai membaca :

Di Perancis, Dua Didakwa Rasuah Kes Jual Kapal Selam Kepada Malaysia.. Di Malaysia?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Di Perancis, Dua Didakwa Rasuah Kes Jual Kapal Selam Kepada Malaysia.. Di Malaysia? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Di Perancis, Dua Didakwa Rasuah Kes Jual Kapal Selam Kepada Malaysia.. Di Malaysia? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/07/di-perancis-dua-didakwa-rasuah-kes-jual.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :