Awas Pecah Rumah Guna Garpu Ala Ninja Sekitar Ampang..

Awas Pecah Rumah Guna Garpu Ala Ninja Sekitar Ampang.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Awas Pecah Rumah Guna Garpu Ala Ninja Sekitar Ampang.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Awas Pecah Rumah Guna Garpu Ala Ninja Sekitar Ampang..
link : Awas Pecah Rumah Guna Garpu Ala Ninja Sekitar Ampang..

Baca juga


Awas Pecah Rumah Guna Garpu Ala Ninja Sekitar Ampang..


Pecah Rumah

AMPANG JAYA – Hanya guna garpu untuk menjalankan kegiatan jenayah pecah rumah. Itu antara kaedah digunakan seorang lelaki yang dikesan aktif melakukan kegiatan pecah rumah di daerah ini.

Terbaru suspek dikesan mencuri dua telefon pintar serta komputer riba di sebuah kediaman di Lembah Jaya, Ampang, Sabtu lalu.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa berusia 30-an mengalami kerugian lebih RM2,500 selepas kediamannya dipecah masuk penjenayah.
Sumber polis berkata, siasatan dilakukan di lokasi kejadian mendapati suspek memasuki kediaman menerusi tingkap belakang kediaman itu.
Katanya, pihak polis turut menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kediaman bersebelahan rumah mangsa.
“Hasil siasatan mendapati terdapat seorang lelaki yang menutup mukanya seperti ‘ninja’. Suspek mulanya dikesan cuba mengumpil pintu rumah jiran mangsa tetapi gagal.
“Dia kemudian cuba mencungkil tingkap kediaman mangsa menggunakan garpu dan berjaya memecah masuk rumah berkenaan.
“Pemeriksaan dilakukan pemilik kediaman mendapati dua telefon pintar dan komputer riba miliknya hilang disyaki dicuri penjenayah terbabit,” katanya.
Jelasnya, susulan kejadian mangsa membuat laporan berhubung kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini, pada hari sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pecah rumah itu.
Katanya, siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengesan dan mengenalpasti penjenayah terbabit. – myMetro Online



Sobat baru saja selesai membaca :

Awas Pecah Rumah Guna Garpu Ala Ninja Sekitar Ampang..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Awas Pecah Rumah Guna Garpu Ala Ninja Sekitar Ampang.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Awas Pecah Rumah Guna Garpu Ala Ninja Sekitar Ampang.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/07/awas-pecah-rumah-guna-garpu-ala-ninja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :