Judul : Datuk Ditahan, Palsukan Jual Beli Unit K/Bumiputera
link : Datuk Ditahan, Palsukan Jual Beli Unit K/Bumiputera
Datuk Ditahan, Palsukan Jual Beli Unit K/Bumiputera
DUA individu termasuk seorang bergelar Datuk direman selama empat hari sehingga Isnin ini, bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Pulau Pinang Ahmad Tajudin Zain, hari ini.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang Datuk Abd Aziz Aban berkata, dua individu itu dengan seorang berpangkat Pengarah Urusan sebuah syarikat pemaju perumahan ditahan di dua lokasi berbeza kira-kira 6 petang semalam.
“Penahanan dibuat selepas mereka dipercayai terbabit dalam kegiatan pemalsuan perjanjian jual beli sebuah projek kondominium di Pulau Pinang
“Turut ditahan ialah wanita berusia 39 tahun yang juga Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran syarikat terbabit,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan pemalsuan perjanjian jual beli dengan menggunakan 20 penama sebagai pembeli kuota Bumiputera untuk unit kondominium di Batu Feringghi.
“SPRM kini sudah merekod keterangan daripada 20 saksi bagi membantu siasatan kes pemalsuan itu. Ia dilakukan dengan tujuan mengurangkan jumlah sumbangan pelepasan kuota Bumiputera yang perlu dibayar pemaju kepada kerajaan negeri.
“Mereka dipercayai membayar sejumlah wang kepada seorang individu bagi mendapatkan salinan kad pengenalan daripada mana-mana orang yang kononnya sebagai pembeli Bumiputera bagi projek perumahan terbabit,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (b) (a) Akta SPRM 2009. – HMetro
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
Sobat baru saja selesai membaca :
Datuk Ditahan, Palsukan Jual Beli Unit K/Bumiputera
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Datuk Ditahan, Palsukan Jual Beli Unit K/Bumiputera dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Datuk Ditahan, Palsukan Jual Beli Unit K/Bumiputera link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/06/datuk-ditahan-palsukan-jual-beli-unit.html