Apandi Sedih DOJ Sindir Najib?

Apandi Sedih DOJ Sindir Najib? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Apandi Sedih DOJ Sindir Najib?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Apandi Sedih DOJ Sindir Najib?
link : Apandi Sedih DOJ Sindir Najib?

Baca juga


Apandi Sedih DOJ Sindir Najib?


Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) atas "sindiran" terhadap perdana menteri dalam saman sivil pelucuthakan terbaru yang difailkannya minggu ini.



"Kami ingin menyuarakan keprihatinan yang amat sangat terhadap sindiran salah laku jenayah terhadap perdana menteri.

"Tidak ada langsung dalam saman sivil itu perdana menteri dinamakan sebagai defendan atau telah didakwa melakukan sebarang salah laku jenayah," kata Apandi dalam satu kenyataan hari ini.

Apandi bertegas bahawa pihak berkuasa Malaysia mendapati tiada salah laku berkaitan dengan 1MDB seperti yang didakwa dalam saman pelucuthakan itu.

Menurut beliau, pihaknya mengambil perhatian bahawa tidak ada bukti dari sebarang penyiasatan yang dijalankan oleh mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang dalam pelbagai bidang kuasa yang menunjukkan bahawa wang telah disalahgunakan dari 1MDB, dan bahawa tidak ada sebarang tuduhan jenayah terhadap mana-mana individu berhubung dakwaan penyelewengan dana dari 1MDB.

"1MDB adalah sebuah syarikat Malaysia dan telah menjadi subjek beberapa siasatan dalam Malaysia, termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

"Selepas semakan, kami mendapati bahawa tidak ada jenayah dilakukan.

"Pada masa ini masih terdapat penyiasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai 1MDB," kata Apandi dalam satu kenyataan hari ini.

Peguam Negara menyatakan "kekecewaan bahawa sekali lagi Jabatan Peguam Negara tidak diberitahu atau dimaklumkan oleh DOJ berhubung tindakan itu."

DOJ malam tadi mengumumkan pencapaian yang paling signifikan sejak 21 Julai tahun lepas, apabila penyiasat AS pertama kali mendedahkan secara terbuka mengenai dakwaan skandal 1MDB.

Pada masa itu, penyiasat AS berkata lebih AS$3 bilion didakwa disalahgunakan dari 1MDB dan berusaha untuk merampas kira-kira AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengannya.

Dalam pemfailan terbaru dan ketiga malam tadi, DOJ kini meletakkan angka dakwaan penyalahgunaan itu pada AS$4.5 bilion dan kini berusaha untuk merampas AS$1.7 bilion dalam aset yang didakwa diperolehi dengan menggunakan dana dicuri dari 1MDB lapor Malaysiakini


Sobat baru saja selesai membaca :

Apandi Sedih DOJ Sindir Najib?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Apandi Sedih DOJ Sindir Najib? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Apandi Sedih DOJ Sindir Najib? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/06/apandi-sedih-doj-sindir-najib.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :