Judul : Pesta Liar Muda-mudi Di Bawah Pengaruh Dadah.
link : Pesta Liar Muda-mudi Di Bawah Pengaruh Dadah.
Pesta Liar Muda-mudi Di Bawah Pengaruh Dadah.
JOHOR BAHRU – Tindakan sekumpulan 38 muda-mudi berhibur sambil menari dalam keadaan khayal sambil diiringi muzik kuat mengundang padah apabila mereka ditahan polis di Resort Jeti Feri Minyak Beku, Batu Pahat dekat sini semalam.
Dalam serbuan pukul 7 pagi itu, seramai 27 lelaki dan 11 wanita berusia antara 19 hingga 32 tahun ditahan dalam keadaan khayal di dua buah bilik dalam resort berkenaan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, semua suspek termasuk penganjur, seorang lelaki berusia 24 tahun dari Taman Bukit Pasir, Batu Pahat turut ditahan bagi membantu siasatan.
“Serbuan dilakukan selepas polis menerima aduan bunyi bising di dua buah bilik penginapan di situ sebelum menghantar anggota polis membuat pemeriksaan.
“Ketika serbuan dilakukan semua suspek didapati sedang menari dan berhibur dalam keadaan khayal dengan muzik kuat dipercayai di bawah pengaruh dadah,” katanya dalam satu kenyataan semalam. (Kosmo!)
Sobat baru saja selesai membaca :
Pesta Liar Muda-mudi Di Bawah Pengaruh Dadah.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pesta Liar Muda-mudi Di Bawah Pengaruh Dadah. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Pesta Liar Muda-mudi Di Bawah Pengaruh Dadah. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/05/pesta-liar-muda-mudi-di-bawah-pengaruh.html