Valet Doa Diarah Henti Operasi

Valet Doa Diarah Henti Operasi - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Valet Doa Diarah Henti Operasi, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Valet Doa Diarah Henti Operasi
link : Valet Doa Diarah Henti Operasi

Baca juga


Valet Doa Diarah Henti Operasi


Laman Facebook Valet Doa yang menawarkan perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah diarah menghenti operasi mereka oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Mufti Selangor.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau akaun Facebook pengasas Valet Doa.

“Jakim menyokong apa jua tindakan yang diambil SKMM dalam membasmi aktiviti yang boleh menjejaskan kesucian umat Islam dan menimbulkan impak negatif, salah faham serta merosakkan akidah,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) mengenai tindakan kerajaan berhubung isu Valet Doa dan langkah yang diambil bagi mengatasi isu ini.

Umat Islam di negara ini turut disaran supaya memberi maklumat kepada Jabatan Agama Islam negeri dan Jakim sekiranya terdapat kemusykilan terhadap sesuatu isu berkaitan agama bagi tindakan lanjut. 

Menjawab soalan tambahan Normala berhubung individu terbabit tetap ingin meneruskan perkhidmatan tersebut kerana pihak mufti tidak mengeluarkan fatwa mengenai isu itu,

Jamil Khir berkata ia tidak bermakna individu tersebut boleh meneruskan perniagaannya.

Beliau berkata jabatan mufti negeri mengambil inisiatif dan langkah proaktif yang berterusan dengan memberi nasihat dan Irsyad Hukum (Kemusykilan Agama) berkaitan larangan mempromosikan pakej tersebut.

Malah katanya, tindakan boleh diambil sekiranya individu terbabit mengingkari arahan mufti.

“Dia harus faham bahawa ada unsur-unsur yang amat tidak sihat dalam iklan (valet doa) tersebut misalnya dikenakan bayaran dari RM250 ke RM5,000 bergantung kepada tempat-tempat doa tersebut serta ada diskaun, seolah-olah doa itu akan dimakbulkan,” katanya.

Perkhidmatan Valet Doa mula tular di laman sosial selepas ramai netizen mengecam dan kesal terhadap perniagaan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah, kononnya ditawarkan kepada mereka yang tidak mampu ke Tanah Suci lapor MMO





Sobat baru saja selesai membaca :

Valet Doa Diarah Henti Operasi

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Valet Doa Diarah Henti Operasi dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Valet Doa Diarah Henti Operasi link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/03/valet-doa-diarah-henti-operasi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :