Judul : Seorang wanita rahang terkehel akibat ketawa terlalu kuat
link : Seorang wanita rahang terkehel akibat ketawa terlalu kuat
Seorang wanita rahang terkehel akibat ketawa terlalu kuat
Ketawa merupakan satu terapi dan ramai ahli psikologi mengatakan ketawa merupakan salah satu penawar untuk mengurangkan tekanan.
Namun demikian, anda perlu berhati-hati kerana ketawa juga boleh membawa kepada satu ‘malapetaka’.
Hal ini berikutan, satu pasangan suami isteri daripada China sedang dalam perjalanan mengembara dari Nanning ke Shandong dengan menggunakan keretapi.
Mereka bermain daun terup bagi mengisi masa lapang dan menikmati waktu dan saat yang indah bersama.
Chiao terlalu terhibur dan ketawa dengan kuat sehingga terdengar bunyi ‘pop’ daripada sesuatu. Mulutnya pula tidak dapat ditutup secara tiba-tiba.
Rupa-rupanya, rahang mulutnya terkehel dan terkeluar daripada kedudukan asalnya.
Sumber: Elite Readers
Ketika ditemubual, suaminya mengatakan Chiao ketawa dengan kuat kerana mampu bermain kad lebih baik daripadanya.
Namun demikian, ketawa ini hanya sekejap kerana kesakitan yang dialami lebih menyeksakan dan memilukan.
Lantas, suaminya memberitahu kepada beberapa orang staf keretapi bagi mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Mujur, para staf keretapi ini memberi kerjasama yang baik dengan memecut laju ke arah stesen yang berikutnya.
Apabila sampai, beberapa paramedik telah bersedia memberikan rawatan kepada Chiao dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Rawatan yang berjalan selama dua jam ini akhirnya berjaya memulihkan kesakitan yang dialami dan paling penting rahangnya kembali berada pada kedudukan yang betul.
Sumber : Tular Kini
PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"
Sobat baru saja selesai membaca :
Seorang wanita rahang terkehel akibat ketawa terlalu kuat
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Seorang wanita rahang terkehel akibat ketawa terlalu kuat dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Seorang wanita rahang terkehel akibat ketawa terlalu kuat link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/03/seorang-wanita-rahang-terkehel-akibat.html