Judul : Filem LGBT Haram Tayang Di M'sia, Wajar. Mengapa?
link : Filem LGBT Haram Tayang Di M'sia, Wajar. Mengapa?
Filem LGBT Haram Tayang Di M'sia, Wajar. Mengapa?
HALAMAN HIBURAN
KLUANG – Kerajaan tetap tidak akan membenarkan tayangan filem Beauty and the Beast jika Walt Disney enggan menapis adegan gay seperti yang dicadangkan Lembaga Penapisan Filem (LPF), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Tegasnya Malaysia mempunyai undang-undang dan budaya tersendiri yang perlu dihormati Walt Disney.
“Apa-apa filem berkenaan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) ini tidak akan dibenarkan kerana setiap unsur dalam wayang itu (dikhuatiri) akan mempengaruhi kita dan belum tentu memberi manfaat kepada pembangunan negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau mengulas isu filem Beauty and the Beast yang ditangguhkan tayangannya di negara ini susulan unsur LGBT dalam filem terbitan Walt Disney itu.
Nur Jazlan sebelum itu hadir hadir Majlis Sambutan Hari Penjara Kebangsaan dan Hari Antidadah Kebangsaan (AADK) yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Penjara Simpang Renggam, dekat sini hari ini.
Mengulas lanjut, Nur Jazlan juga mempertikaikan keengganan Walt Disney bekerjasama dengan LPF untuk memotong babak gay dalam filem tersebut dan menyifatkan tindakan tersebut seolah-olah menunjukkan “Walt Disney menjadi pejuang LGBT”.
“Mereka boleh berbuat demikian (tidak mahu memotong adegan) kerana pasaran Malaysia ini kecil… kalau tidak ditayangkan dalam panggung pun mereka tidak rugi banyak.
“Cuba kalau di China, Rusia atau Amerika Syarikat, sudah tentu mereka tunduk akan kehendak budaya negara tersebut tetapi kerana Malaysia ini kecil, mereka seolah-olah mahu jadi hero,” katanya.
Filem itu yang sepatutnya ditayangkan di seluruh negara mulai semalam, terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat kontroversi mengenai orientasi seks watak LeFou yang terdedah pada babak tarian di akhir filem berkenaan.
Walt Disney dilaporkan telah menghantar satu rayuan kepada LPF semalam untuk menilai semula keputusan memotong babak berkenaan. – BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: “Apa-apa filem berkenaan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) ini tidak akan dibenarkan kerana setiap unsur dalam wayang itu (dikhuatiri) akan mempengaruhi kita dan belum tentu memberi manfaat kepada pembangunan negara.” Okey setuju.
Kerana itu bukan budaya baru, itu budaya lapuk pusaka usang sejak zaman Nabi Allah Lut AS, sehingga Allah SWT terbalikkan buminya. Itu peringatn Allah kepada generasi masakini, terutamanya rakyat Malaysia.
Na'auzubillahi minzalik.
PERHATIAN:
Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.
Sobat baru saja selesai membaca :
Filem LGBT Haram Tayang Di M'sia, Wajar. Mengapa?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Filem LGBT Haram Tayang Di M'sia, Wajar. Mengapa? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Filem LGBT Haram Tayang Di M'sia, Wajar. Mengapa? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/03/filem-lgbt-haram-tayang-di-msia-wajar.html