Judul : Etnik Uighur Dilarang Bela Janggut, Berpurdah, Wajib Tonton Tv Pemerintah.
link : Etnik Uighur Dilarang Bela Janggut, Berpurdah, Wajib Tonton Tv Pemerintah.
Etnik Uighur Dilarang Bela Janggut, Berpurdah, Wajib Tonton Tv Pemerintah.
AFP - WANITA Uighur berjalan melintasi anggota-anggota polis yang berkawal di luar Bazar Besar di Urumqi, Xinjiang, China.
|
BEIJING – China akan mempertingkatkan kempen menentang fahaman ekstremis agama di wilayah Xinjiang, barat negara itu pada Sabtu ini dengan melaksanakan pelbagai langkah baharu termasuk..
- melarang lelaki menyimpan janggut ‘luar biasa’,
- mengharamkan wanita memakai purdah di tempat awam
- dan mewajibkan penduduk tempatan menonton siaran televisyen pemerintah.
Undang-undang baharu itu yang diluluskan kelmarin dan disiarkan di laman web pemerintah, akan memperluaskan lagi peraturan sedia ada apabila dikuatkuasakan esok.
Di bawah peraturan itu, pekerja di tempat awam seperti stesen bas dan lapangan terbang diminta melarang mereka yang berpakaian menutup seluruh tubuh badan termasuk muka daripada memasuki premis tersebut dan melaporkan individu berkenaan kepada polis.
Undang-undang sama juga melarang sikap menolak stesen radio, televisyen, kemudahan dan perkhidmatan awam yang disediakan oleh pemerintah.
Penduduk Xinjiang yang beragama Islam juga dilarang berkahwin menurut hukum agama atau menggunakan faktor halal untuk mencampuri kehidupan sekular orang lain.
Sebelum ini, beratus-ratus orang terbunuh dalam keganasan yang berlarutan selama beberapa tahun di Xinjiang. Beijing menyalahkan militan dan kumpulan pemisah Islam sebagai mencetuskan kekacauan.
Wilayah Xinjiang dihuni oleh etnik Uighur yang beragama Islam. Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia bagaimanapun berkata, keganasan yang berlaku merupakan tindak balas terhadap penindasan oleh pemerintah.
Beijing pula menafikan melakukan sebarang pencabulan di Xinjiang di samping menegaskan bahawa hak undang-undang, budaya dan agama etnik Uighur dilindungi sepenuhnya. – Reuters
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah contoh layanan ke atas umat Islam di negara bukan Islam. Sedangkan layanan terhadap bukan Islam di negara umat Islam, nak bogel, melacur, buat perkara yang menyakiti umat Islam pun boleh, bahkan menghina Islam pun masih mampu mereka pertahankan.
Sobat baru saja selesai membaca :
Etnik Uighur Dilarang Bela Janggut, Berpurdah, Wajib Tonton Tv Pemerintah.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Etnik Uighur Dilarang Bela Janggut, Berpurdah, Wajib Tonton Tv Pemerintah. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Etnik Uighur Dilarang Bela Janggut, Berpurdah, Wajib Tonton Tv Pemerintah. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/03/etnik-uighur-dilarang-bela-janggut.html