Zahid Takut Tak Ada Peluang Jadi PM Ke Ni?

Zahid Takut Tak Ada Peluang Jadi PM Ke Ni? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Zahid Takut Tak Ada Peluang Jadi PM Ke Ni?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Zahid Takut Tak Ada Peluang Jadi PM Ke Ni?
link : Zahid Takut Tak Ada Peluang Jadi PM Ke Ni?

Baca juga


Zahid Takut Tak Ada Peluang Jadi PM Ke Ni?


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bukan trend mahupun dasar Barisan Nasional (BN) meletakkan balu wakil rakyatnya bertanding dalam pilihan raya kecil bagi kawasan yang disandang suami.


"Kami jalankan kajian dan dapati si isteri yang dicadang bertanding mempertahankan kerusi yang ditinggalkan arwah suami menerima sokongan kuat daripada akar umbi.

"Justeru, tidak semestinya hanya isteri yang patut gantikan suami. Pilihan kami adalah berdasarkan sokongan akar umbi dan peluang untuk menang," katanya hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas menyertai barisan pemimpin BN Sarawak mengiringi calon BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu, ke pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Lundu.

Turut serta Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman serta beberapa menteri persekutuan dan anggota kabinet negeri.

Ahmad Zahid berkata dalam kes Tanjong Datu, BN turut menjalankan kajian serupa dan mendapat hasil yang sama.

"Perkara ini turut berlaku dalam dua PRK sebelum ini. Keputusan mencalonkan beliau (Jamilah) dibuat oleh pemimpin BN peringkat negeri dan pusat," katanya.

Ahmad Zahid turut bersetuju dengan pandangan bahawa langkah itu juga antara cara menambah bilangan pemimpin wanita di peringkat negeri dan negara.

Sementara itu, beliau yakin Jamilah, 61, akan mempertahankan kerusi tersebut untuk BN sekalipun dicabar oleh dua lagi calon.

"Beliau boleh teruskan legasi cemerlang suaminya, Allahyarham Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. Kami juga yakin pengundi akan terus menyokong BN dan barisan kepimpinan baharu negeri di bawah Abang Johari," katanya.

Ahmad Zahid berkata BN akan memenuhi semua janji yang dibuat Allahyarham Adenan dan semua projek pembangunan akan dilaksana.

Katanya jentera pilihan raya di bawah Abang Johari dan juga Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku pengarah operasi yang turut dibantu jentera pilihan raya BN Sabah, akan bekerja keras memastikan kemenangan Jamilah.

PRK DUN Tanjong Datu menyaksikan Jamilah dicabar oleh calon Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru, Rapelson Richard Hamit dan calon Parti Reformasi Negeri (Star) Johny Aput.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Februari sebagai hari pengundian awal dan 18 Februari hari pengundian lapor MAlaysiakini


Sobat baru saja selesai membaca :

Zahid Takut Tak Ada Peluang Jadi PM Ke Ni?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Zahid Takut Tak Ada Peluang Jadi PM Ke Ni? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Zahid Takut Tak Ada Peluang Jadi PM Ke Ni? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/02/zahid-takut-tak-ada-peluang-jadi-pm-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :