Judul : Seret Pemimpin DAP Ke Mahkamah..Campur Tangan Dalam Fatwa. -I/Hasyim.
link : Seret Pemimpin DAP Ke Mahkamah..Campur Tangan Dalam Fatwa. -I/Hasyim.
Seret Pemimpin DAP Ke Mahkamah..Campur Tangan Dalam Fatwa. -I/Hasyim.
NAMPAKNYA memang makin jelas DAP tidak menghormati Islam, agama rasmi negara ini seperti Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan. Apa lagi bila Dewan Ulamak PAS Pusat (Malaysia) mendesak Kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng supaya tidak lagi campur tangan dalam urusan fatwa-fatwa negeri Pulau Pinang.
Sebagaimana yang berlaku sebelum ini melibatkan fatwa penggunaan Kalimah Allah dan lain-lain. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 jelas menuntut fatwa negeri Pulau Pinang terus dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang.
Yakni bukannya kepada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Lim Guan Eng terlebih dahulu. Surat rasmi yang dikeluarkan oleh Exco, YB Abdul Malek Abdul Kasim kepada Sahibus Samahah Datuk Haji Hasan Ahmad, Mufti Kerajaan Pulau Pinang yang tersebar di media sosial jelas menunjukkan campur tangan kerajaan terhadap proses pembuatan fatwa melibatkan Kalimah Allah.
Exco terbabit tidak perlu berbelit menafikan dan berdolak daliK bagi mempertahankan diri dan mempertahankan tindakan salah kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng. Kenyataan bekas Mufti Datuk Haji Hasan dan kenyataan salah seorang jawatankuasa fatwa Datuk Md Salleh Haji Ahmad pada 8 Februari 2017 menyebut ada fatwa oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang tidak dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Hal ini berlaku kerana campur tangan politik adalah sesuatu yang berat dan serius. Ia jelas melibatkan campur tangan politik kerajaan DAP dalam proses fatwa yang mungkin tidak sehaluan dengan pendirian kerajaan negeri. Perkara ini tidak boleh dipandang ringan oleh umat Islam.
Campur tangan sebuah kerajaan khususnya yang diketuai oleh bukan Islam terhadap fatwa adalah satu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama bagi Persekutuan. Jelas, hal ini tidak dihormati langsung oleh DAP dan pemimpin-pemimpinnya.
Oleh itu, saya bersetuju dengan Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat pada Jumaat 10 Februari 2017 menyebutkan,
"Sekiranya dengan hanya memerintah negeri, DAP sudah terlalu berani mencampuri urusan agama Islam, alangkah bahaya sekiranya DAP menjadi sebahagian pemerintah negara (moga Allah jauhkan) sebagaimana impian Pakatan Harapan.
"Malang sekali, sebahagian orang Islam terpesona dengan lakonan DAP berkaitan Islam." Kata beliau.
Pada saya, DAP semakin biadap, sudah tidak menghormati agama Islam lagi, agama penduduk majoriti di negara ini dan perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan. Apakah perlu pemimpin-pemimpinnya diseret ke mahkamah? Perlu diajar sedikit supaya pandai menghormati agama lain?
Oleh Ibnu Hasyim.
PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.
Sobat baru saja selesai membaca :
Seret Pemimpin DAP Ke Mahkamah..Campur Tangan Dalam Fatwa. -I/Hasyim.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Seret Pemimpin DAP Ke Mahkamah..Campur Tangan Dalam Fatwa. -I/Hasyim. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Seret Pemimpin DAP Ke Mahkamah..Campur Tangan Dalam Fatwa. -I/Hasyim. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/02/seret-pemimpin-dap-ke-mahkamahcampur.html