Judul : Polis Sahkan Abang Tiri Kim Jong-Un Dibunuh Di KLIA
link : Polis Sahkan Abang Tiri Kim Jong-Un Dibunuh Di KLIA
Polis Sahkan Abang Tiri Kim Jong-Un Dibunuh Di KLIA
Polis mengesahkan lelaki warga Korea Utara yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam adalah Kim Jong-Nam iaitu abang tiri kepada pemimpin negara itu, Kim Jong-Un.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan bahawa mayat seorang lelaki Korea Utara dibawa ke Hospital Putrajaya dari KLIA.
"Hasil siasatan polis mendapati lelaki itu berada di KLIA pada 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau, China, yang dijadualkan pada 9 pagi, semalam.
"Bagaimanapun, belum sempat dia menaiki penerbangannya, lelaki berkenaan diserkup dengan kain yang mempunyai sejenis cairan daripada arah belakang oleh seorang wanita," katanya.
"Selepas dia diterkap wanita berkenaan, mangsa meronta-ronta meminta tolong dan terus mendapatkan bantuan penyambut tetamu di KLIA kerana matanya pedih terkena cairan.
"Sejurus selepas itu, mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia," katanya.
Fadzil berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut, sementara menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.
"Saya telah maklumkan perkara ini kepada Kedutaan Korea Utara untuk maklumat susulan," katanya.
Petugas media mula berkumpul di perkarangan Jabatan Forensik hospital berkenaan sejak 8 malam bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes itu.
Usaha itu bagaimanapun terhalang apabila kumpulan media tidak dibenarkan menghampiri jabatan itu lapor mStar
Sobat baru saja selesai membaca :
Polis Sahkan Abang Tiri Kim Jong-Un Dibunuh Di KLIA
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Polis Sahkan Abang Tiri Kim Jong-Un Dibunuh Di KLIA dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Polis Sahkan Abang Tiri Kim Jong-Un Dibunuh Di KLIA link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/02/polis-sahkan-abang-tiri-kim-jong-un.html