Judul : Jamal Yunos Didakwa Kencing Pemandu Van Jenazah
link : Jamal Yunos Didakwa Kencing Pemandu Van Jenazah
Jamal Yunos Didakwa Kencing Pemandu Van Jenazah
Ketua Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos didakwa memperdaya 15 pemandu van jenazah pada demonstrasi di hadapan kompleks Kerajaan Negeri (SUK), semalam.
Menurut sumber kepada SelangorKini, mereka dimaklumkan pihak Jamal kononnya satu sesi pengambaran (shooting) dibuat di SUK tanpa didedahkan sebarang butiran lanjut mengenainya.
“Pemandu-pemandu ini dimaklumkan khidmat mereka diperlukan bagi tujuan sesi pengambaran di SUK dan dibayar pada kadar RM300 seorang.
“Sebaik tiba di SUK, lain pula jadinya,” kata sumber yang rapat dengan salah seorang pemandu van jenazah itu.
SelangorKini masih mendapatkan butiran lanjut pemandu van jenazah itu, bagi pengesahan lanjut.
Difahamkan, ada di antara van berkenaan bertulis nama-nama Masjid utama di sekitar Shah Alam.
Semalam, Jamal sekali lagi mencetuskan kekecohan di hadapan SUK dengan membawa 15 van jenazah, keranda dan berpakaian seperti penggali kubur.
Situasi tersebut mengundang persoalan dalam kalangan umum berhubung tindakan tidak masuk akal dilakukan pemimpin Umno itu.
Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Dr Daroyah Alwi dalam kenyataannya semalam menyifatkan tindakan itu sebaliknya hanya memberi ‘publisiti’ besar kepada program kebajikan dilaksanakan di Selangor.
SelangorKini berjaya menghubungi Jamal bagi menjawab dakwaan itu namun enggan memberikan komen.
“Saya tidak mahu komen. Ada bayaran atau tidak itu soal lain yang penting sekarang ini bukan soal isu van jenazah itu.
“Jangan cuba alih isu. Isu besarnya adalah penyelewengan dana skim itu sendiri,” katanya lapor Selangorkini
Sobat baru saja selesai membaca :
Jamal Yunos Didakwa Kencing Pemandu Van Jenazah
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Jamal Yunos Didakwa Kencing Pemandu Van Jenazah dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Jamal Yunos Didakwa Kencing Pemandu Van Jenazah link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/02/jamal-yunos-didakwa-kencing-pemandu-van.html