Saiful Muncul Lagi.. Sebab Dah Nak Pilihanraya Ke Ni?

Saiful Muncul Lagi.. Sebab Dah Nak Pilihanraya Ke Ni? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Saiful Muncul Lagi.. Sebab Dah Nak Pilihanraya Ke Ni?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Saiful Muncul Lagi.. Sebab Dah Nak Pilihanraya Ke Ni?
link : Saiful Muncul Lagi.. Sebab Dah Nak Pilihanraya Ke Ni?

Baca juga


Saiful Muncul Lagi.. Sebab Dah Nak Pilihanraya Ke Ni?


Mungkin sebab nak pilihanraya dah kot pasal tu mamat ni muncul lagi.. kali nia dia muncul dengan cerita baru pulak mencari publisiti..

Kali pertama mamat ni muncul dalam persada politik negara kalau tak silap aku ialah semasa kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh..

Mamat ni muncul dengan bersumpah dalam Masjid yang kemudiannya dipersoalkan pelbagai pihak antaranya Gabungan Mahasiswa UKM.

Gabungan Mahasiswa UKM menyifatkan si Saiful telah melakukan kesalahan besar dan jahil agama dalam isu tersebut.

Beliau tidak perlu bersumpah sekiranya beliau diliwati. Cukuplah bawa 4 orang saksi sahaja dan bukannya beliau yang bersumpah.

Orang boleh bersumpah dengan nama Allah untuk menghalalkan perkara yang haram. Ia seringkali berlaku pada zaman Nabi S.A.W. Dan dalam kes Saiful, budak Aspirasi yang tak lulus exam dan dihambat keluar UNITEN ini, beliau sebenarnya perlu bersumpah bahawa rekod perubatan di Puspawi tempoh hari adalah palsu... sepenuhnya bacalah di SINI

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Haron Din ketika itu turut mempersoalkan sumpah yang dibuat oleh Saiful Bukhari  yang dibuat di hadapan seorang imam kerana sebagai orang yang mendakwa ianya diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, Saiful sepatutnya mengemukakan empat orang saksi bagi mensabitkan perbuatan itu, bukannya bersumpah di dalam masjid.

"Kemukakan empat orang saksi di Mahkamah Syariah, jika tidak dapat mengemukakan empat saksi, dakwaannya itu tidak benar dan ia wajar dihukum 80 kali rotan, bukannya bersumpah di dalam masjid."

"Saya dengar lafaz sumpahnya tadi apabila menonton televisyen berita jam 8.00 malam, akhir sumpah itu disebut " Watangallahhu', mana ada `watangallahu', inilah Islam Hadhari" jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sumpah yang dilakukan oleh Saiful di dalam Masjid Wilayah Persekutuan semalam di majlis foram perdana sempena Muktamar PAS kali ke 54 di perkarangan Stadium Indera Mulia pada tahun 2008.

Tambahnya lagi "Persoalannya kenapa di saat hari percalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh baru Saiful buat sumpah, kenapa tidak dahulu lagi?

"Apabila ianya dilakukan pada saat hari pencalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh, ianya dilihat sesuatu yang `ada yang tidak kena', agar sukar untuk kita katakan ianya tidak ada konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan karier politik orang yang dituduh (Anwar Ibrahim), katanya.

Beliau kesal dengan apa yang berlaku pada hari ini apabila keaiban seseorang itu didedahkan kepada umum, sepatutnya perkara ini tidak berlaku.

"Bawa kes ini ke Mahkamah Syariah, kemukakan empat orang saksi, bukannya menghebahkan ke serata dunia dengan membuat sumpah di masjid."

Menurut beliau orang yang kena tuduh, ia boleh mengemukakan hujahnya melalui peguam di Mahkamah Syariah, umpamanya sebagai contoh tarikh kejadian itu berlaku tidak betul, atau pun bangunan tempat kejadian itu belum wujud lagi.

Selepas itu, kalau yang dituduh itu tidak mampu mengemukakan bukti menyanggah dakwaan itu, barulah yang kena tuduh itu boleh membuat sumpah di hadapan hakim di Mahkamah Syariah, bukannya yang menuduh buat sumpah dalam masjid, jelasnya.. laporan penuh sila baca di SINI 

Kini disaat jentera-jentera pilihanraya UMNO/BN dilaporkan mula bergerak.. Saiful muncul lagi dengan cerita barunya..

SHAH ALAM - Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa didatangi kenalan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta dia memohon pengampunan diraja bagi membebaskan bekas Ketua Pembangkang itu.

Bekas pembantu peribadi Anwar itu berkata, permintaan kenalan rapat Anwar itu dikatakan turut mewakili keluarga Ketua Umum PKR tersebut.

“Saya tidak pasti sama ada ia benar-benar datang dari keluarga Anwar atau sebaliknya. Beliau mohon agar saya, selaku pengadu dalam kes, memohon pengampunan diraja bagi pihak Anwar dari Yang di-Pertuan Agong agar Anwar dibebaskan tanpa mengubah pengakuan dan dakwaan saya.

“Kata beliau, Yang di-Pertuan Agong boleh berikan pengampunan menurut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Beliau mohon saya maafkan Anwar,” katanya dalam laman Facebook miliknya.

Menurutnya, kenalan rapat Anwar itu mendakwa Mohd Saiful sebagai pengadu dalam kes liwat II mempunyai locus standi untuk memohon pengampunan itu.

“Katanya Anwar pun telah menjalani hukuman selama dua tahun, mungkin beliau sudah insaf. Jika saya yang mohon pengampunan ini bagi pihak Anwar, bunyinya aneh, tapi impak dan meritnya ada kerana saya selaku pengadu dalam kes tersebut ada locus standi.

“Kata beliau, dalam perundangan Islam, mangsa atau waris boleh memaafkan dan mengampunkan pesalah yang telah dijatuhi hukuman, agar hukuman diringan atau dibebaskan,” katanya.

Mohd Saiful berkata, dia akan memikirkan terlebih dahulu cadangan itu sebelum membuat keputusan. “Saya ucap terima kasih kepada beliau kerana memberi pencerahan.

Saya kata nanti saya fikir-fikirkan dan bincang dengan keluarga terlebih dahulu sebelum saya membuat sebarang keputusan.

“Apa pun di sudut hati saya terdetik juga, sama ada niat beliau benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada PRU nanti... laporan penuh bacalah di SINI

Persoalannya.. siapa individu yang dimaksudkan oleh mamat itu.. apa perlunya individu itu merayu Saiful untuk memohon pengampunan DiRaja?

Kan lebih mudah kalau individu itu rayu supaya Saiful tarik balik kes sebab Anwar pun telah menjalani hukuman selama dua tahun, mungkin beliau sudah insaf..

Kah.. kah.. kah... tapi persoalannya utamanya ialah boleh percaya ke si Saiful tu??


Sobat baru saja selesai membaca :

Saiful Muncul Lagi.. Sebab Dah Nak Pilihanraya Ke Ni?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Saiful Muncul Lagi.. Sebab Dah Nak Pilihanraya Ke Ni? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Saiful Muncul Lagi.. Sebab Dah Nak Pilihanraya Ke Ni? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/01/saiful-muncul-lagi-sebab-dah-nak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :