Judul : Penyokong Sambut Anwar Ibrahim Di Pulau Pinang
link : Penyokong Sambut Anwar Ibrahim Di Pulau Pinang
Penyokong Sambut Anwar Ibrahim Di Pulau Pinang
Kira-kira 300 penyokong dari PKR menyambut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir ke Mahkamah Tinggi di sini tadi.
Anwar yang dibawa dari Penjara Jawi, Nibong Tebal tiba di mahkamah bagi menghadiri perbicaraan kes menyaman sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang didakwa memfitnahnya berhubung penggubahan wang haram. Anwar yang di kawal ketat polis tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi kira-kira jam 9.15 pagi sambil diiringi laungan 'reformasi' oleh penyokongnya. Turut hadir, isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR yang juga anaknya, Nurul Izzah; Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan barisan pemimpin kerajaan negeri lain. Wan Azizah tiba di Kompleks Mahkamah Tinggi dengan diiringi seorang lagi anaknya, Nurul Nuha bersama dua cucunya. Keadaan di luar mahkamah terkawal dengan kawalan lebih 100 anggota polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Sobat baru saja selesai membaca :
Penyokong Sambut Anwar Ibrahim Di Pulau Pinang
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Penyokong Sambut Anwar Ibrahim Di Pulau Pinang dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Penyokong Sambut Anwar Ibrahim Di Pulau Pinang link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/01/penyokong-sambut-anwar-ibrahim-di-pulau.html