Judul : Halang Patuhi Syariat (RUU 35) Melanggar Perlembagaan.. -Ahmad Amzad Hashim.
link : Halang Patuhi Syariat (RUU 35) Melanggar Perlembagaan.. -Ahmad Amzad Hashim.
Halang Patuhi Syariat (RUU 35) Melanggar Perlembagaan.. -Ahmad Amzad Hashim.
BANGI, 27 Rabiulakhir 1438H, Khamis – Tindakan menghalang umat Islam daripada mematuhi syariat, adalah perbuatan yang melanggar Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim.
Ini kerana, katanya, jika agama lain diberi kebebasan untuk diamalkan, mengapa pula umat Islam perlu dihalang, sedangkan Islam sudah dinoktahkan sebagai agama bagi Persekutuan.
“Umat Islam yang menjadi 65 peratus dari rakyat Malaysia perlu kembali kepada undang-undang yang ditentukan oleh ajaran Islam sebagai ubat terbaik memulihkan mutu individu orang Islam. Kelihatan yang langgar Perlembagaan bukan usul pindaan RUU 355.
“Beraninya segelintir bukan Islam mempertikai dan campur tangan urusan agama Islam adalah kerana adanya kalangan orang Islam sendiri yang mempertikaikan.
“Ia tidak akan berlaku begitu jika umat Islam bersatu. Tidak akan berlaku begitu jika tiada orang Islam yang jadi tali barut mereka yang anti Islam. Tidak jadi begitu jika orang Islam tidak terlalu obses sangat dengan sokongan politik bukan Islam kerana cita-cita politik peribadinya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, Akta 355 bukan suatu rang undang-undang baharu, tetapi ia adalah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 pindaan 1984, yang wujud sejak 1965, tanpa ada pihak yang mempertikaikannya sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan, walaupun parti anti-Islam DAP, MCA, Gerakan dan MIC telah wujud.
“Pada tahun 1984, Akta 355 dipinda memberi kuasa 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan sebatan 6 kali. Pindaan ini dilakukan. Dibahaskan dan diluluskan di Parlimen. Sekali lagi DAP dan parti bukan Islam yang lain tiada pula mempertikaikan pindaan ini, jauh sekali menyebut pindaan ‘melanggar’ Perlembagaan,” katanya.
Ahmad Amzad berkata, pada 1989, akta ini dipinda lagi dan kali ini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak dan tidak ada pihak yang membangkitkan soal melanggar Perlembagaan Malaysia.
“Rakyat Malaysia yang bukan Islam menghormati Mahkamah Syariah sebagai urusan agama Islam yang tidak pantas dicampuri bukan Islam,” katanya.
Namun, anehnya kata beliau, apabila Akta 355 mahu dipinda pada tahun ini setelah pindaan kuasa hukuman kali terakhir dibuat 32 tahun lalu, pelbagai dakwaan dibangkitkan kononnya melanggar Perlembagaan Persekutuan, padahal ia cuma soal menambah kuasa hukuman sahaja.
Sehubungan itu, beliau mencabar parti rasis dan cauvinis DAP, MCA, Gerakan dan MIC membawa kes pindaan Akta 355 itu ke mahkamah terlebih dahulu untuk melihat sama ada ia melanggar Perlembagaan atau tidak. (IH)
PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..
Sobat baru saja selesai membaca :
Halang Patuhi Syariat (RUU 35) Melanggar Perlembagaan.. -Ahmad Amzad Hashim.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Halang Patuhi Syariat (RUU 35) Melanggar Perlembagaan.. -Ahmad Amzad Hashim. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Halang Patuhi Syariat (RUU 35) Melanggar Perlembagaan.. -Ahmad Amzad Hashim. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/01/halang-patuhi-syariat-ruu-35-melanggar.html