Judul : Sepentas Dengan PM, Ini Sikap PAS
link : Sepentas Dengan PM, Ini Sikap PAS
Sepentas Dengan PM, Ini Sikap PAS
USTAZ IDRIS AHMAD | 04 Disember 2016
PAS merupakan parti Islam, dasarnya Islam, rujukannya Quran, Hadis, Ijma' dan Qias. PAS bukan Parti yang mengangkat senjata seperti IS, Taliban. PAS bukan parti yang tidak boleh bawa berunding dan berbincang.
PAS mengambil pendekatan Muwajahah Silmiah. Jalur dakwah dan jalur politik. Orang yang mengukur PAS dengan jalur politik tidak akan temui jawapannya. Tetapi PAS bergerak dan bertindak atas panduan Islam.
PAS tidak kompromi dengan kezaliman dan penyelewingan, rasuah, GST, TPPA, 1MDB RM2.6 bilion, PPSMI, FGV, PKFZ, salah urus dana awam, ketirisan, ISA, POTA dan lain- lan. Menentang syariat Allah juga zalim. Memperlekehkan syariat Allah juga kerja zalim. Menghalang syariat Allah juga zalim. PAS akan menentang tidak kira siapa yang melakukan kezaliman. Samaada kerajaan atau bukan kerajaan.
Di dalam perkara sejagat PAS boleh bekerjasama walau pun dengan musuh politik. PAS pernah duduk semeja isu Palestin, dan hari ini anjuran NGO, pimpinan PAS akan sepentas dengan Perdana Menteri isu Ronghingya.
Akan adalah pula gelaran yang diberi kepada PAS, UG, gabung dengan Umno, makan dedak dan macam-macam gelaran. PAS tidak kisah. PAS bukan parti budak- budak yang boleh dicucuk hidung. Sejarah akan membuktikan siapa yang akan kembali ke pangkuan Umno.
Kalau pemimpin PAS buat tidak boleh walau pun isu sejagat. Kalau orang lain boleh, bukan setakat sepentas malahan berpeluk dan berlaga pipi pun tidak mengapa. PAS tahu masa bila perlu berbincang, masa bila kita bertempur dengan musuh politik. Bukan semua masa kita bertempur, bukan semua masa kita berdamai.
Bukan perkara baru, musuh PAS tuduh PAS. Waktu zaman Tun Mahathir perkenal Program Islamisasi semua pakat teruja dengan Dr Mahathir, termasuk badan dakwah di Malaysia. DS Anuar Ibrahim turut menyertai Umno kerana kagum dengan Dr Mahathir.
Macam- macam seminar seperti Siasah Syariyyah, Maqasid Syariah untuk menghalalkan penyertaan dalam Umno. PAS keseorangan melawan Umno BN. PAS tidak percaya dengan program Islamisasi Dr Mahathir.
Ada gerakan Islam antarabangsa pujuk PAS sertai Umno, kerana Umno sudah hendak kepada Islam. PAS tetap tolak. PAS kenal apa itu Umno, dulu, kini dan selamanya. Dasar Umno masih tidak berubah, siapa pun yang memimpin Umno maka itulah pembawaanya. –HARAKAHDAILY 4/11/2016
Sobat baru saja selesai membaca :
Sepentas Dengan PM, Ini Sikap PAS
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Sepentas Dengan PM, Ini Sikap PAS dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Sepentas Dengan PM, Ini Sikap PAS link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/12/sepentas-dengan-pm-ini-sikap-pas.html