Judul : Kes Bunuh DiChicago Melonjak. AS Gagal Kawal Jenayah?
link : Kes Bunuh DiChicago Melonjak. AS Gagal Kawal Jenayah?
Kes Bunuh DiChicago Melonjak. AS Gagal Kawal Jenayah?
CHICAGO – Bilangan pembunuhan di Chicago melepasi angka 700 kes buat pertama kali dalam tempoh hampir 20 tahun, kata jabatan polis bandar raya itu kelmarin.
Ketika 2016 tinggal kurang sebulan, Chicago mencatatkan sebanyak 701 kes pembunuhan, peningkatan lebih 50 peratus berbanding tahun lalu.
Hampir kesemua kes pembunuhan di kota metropolitan itu tahun ini melibatkan penggunaan senjata api. Bandar raya ketiga terbesar di Amerika Syarikat (AS) itu mencatatkan sebanyak 704 kes pembunuhan pada 1998.
Statistik terbaharu itu menyaksikan Chicago mencatatkan lebih banyak pembunuhan berbanding kesemua kes bunuh di dua bandar raya terbesar di AS, Los Angeles dan New York.
“Tahap keganasan yang kami saksikan dalam masyarakat pada tahun ini sama sekali tidak boleh diterima,” kata Ketua Polis Chicago, Eddie Johnson dalam satu kenyataan.
Pada awal bulan ini, jurucakap polis, Anthony Guglielmi berkata, kumpulan penjenayah di bandar raya itu menjadi semakin berani berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Menurut polis, terdapat 3,315 insiden tembakan di Chicago setakat ini dengan 316 kes direkodkan pada November lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa merancang untuk mengambil hampir 1,000 anggota polis tambahan dalam jangka masa dua tahun untuk meningkatkan penguatkuasaan dan membantu memerangi peningkatan jenayah di Chicago. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila buat kajian semula, adakah AS gagal kawal jenayah atau undang-undang jenayahnya sudah lapuk?
Sobat baru saja selesai membaca :
Kes Bunuh DiChicago Melonjak. AS Gagal Kawal Jenayah?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kes Bunuh DiChicago Melonjak. AS Gagal Kawal Jenayah? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Kes Bunuh DiChicago Melonjak. AS Gagal Kawal Jenayah? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/12/kes-bunuh-dichicago-melonjak-as-gagal_4.html