Judul : Orang PAN Suka Lihat Amoi Seksi Begini.. Seperti Dimaksudkan Suhaizan Kaiat?
link : Orang PAN Suka Lihat Amoi Seksi Begini.. Seperti Dimaksudkan Suhaizan Kaiat?
Orang PAN Suka Lihat Amoi Seksi Begini.. Seperti Dimaksudkan Suhaizan Kaiat?
Tak Suka Tengok ‘Amoi’ Seksi, PAN Gesa Duduk Dalam Hutan
KL: Parti Amanah Negara (PAN) meminta mana-mana umat Islam negara ini yang tidak suka melihat `amoi’ memakai seluar pendek supaya tinggal di dalam hutan.
Setiausaha Organisasinya, Suhaizan Kaiat berkata, memakai seluar pendek dalam kalangan wanita muda Cina bukan satu kesalahan pada mereka.
Justeru, katanya, adalah salah mempertikaikan `amoi’ berseluar pendek menyertai demonstrasi anti kerajaan Bersih 5 baru-baru ini maka umat Islam tidak boleh menyertainya.
“Tak boleh hadir Bersih sebab ada `amoi’ pakai seluar pendek. Sedangkan `amoi’ tu semua tempat pun pakai seluar pendek. Bukan kita suka dia pakai seluar pendek tapi itu perkara biasa pada mereka.
“Kalau kita tak boleh pergi tempat dimana `amoi’ ada memakai seluar pendek di Johor Bahru, Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Ipoh dan Pulau Pinang maka kita kena tinggal di dalam hutan Endau Rompin sahaja lah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
PAN merupakan sebuah parti Islam baharu (sebenarnya belum jelas lagi dasar Islamnya -editor) bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Harapan sejak tahun lalu.
PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah yang dianggap boleh menyusahkan pembangkang. – MYNEWSHUB.CC
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul berita ini, 'Parti Amanah Negara (PAN) meminta mana-mana umat Islam negara ini yang tidak suka melihat `amoi’ memakai seluar pendek supaya tinggal di dalam hutan.' ....
Ertinya 'Orang Islam (mungkin orang PAN) yang tidak 'tinggal di dalam hutan' (tinggal di bandar seperti KL dan lain-lain), suka melihat `amoi’ memakai seluar pendek..
Bermakna, suka buat apa yang Tuhan larang yakni melihat aurat amoi.. Moga-moga berita ini tidak tepat atau tidak betul..
Sobat baru saja selesai membaca :
Orang PAN Suka Lihat Amoi Seksi Begini.. Seperti Dimaksudkan Suhaizan Kaiat?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Orang PAN Suka Lihat Amoi Seksi Begini.. Seperti Dimaksudkan Suhaizan Kaiat? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Orang PAN Suka Lihat Amoi Seksi Begini.. Seperti Dimaksudkan Suhaizan Kaiat? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/11/orang-pan-suka-lihat-amoi-seksi-begini.html