Donald Trump/Hillary Clinton Ibarat Buaya Dengan Singa. -Hj Abd Hadi Awang.

Donald Trump/Hillary Clinton Ibarat Buaya Dengan Singa. -Hj Abd Hadi Awang. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Donald Trump/Hillary Clinton Ibarat Buaya Dengan Singa. -Hj Abd Hadi Awang., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Donald Trump/Hillary Clinton Ibarat Buaya Dengan Singa. -Hj Abd Hadi Awang.
link : Donald Trump/Hillary Clinton Ibarat Buaya Dengan Singa. -Hj Abd Hadi Awang.

Baca juga


Donald Trump/Hillary Clinton Ibarat Buaya Dengan Singa. -Hj Abd Hadi Awang.



LAKSANA buaya dan singa, kedua-duanya mengganas. Singa mengaum kuat, nyata dan menerpa secara terbuka di lapangan. Buaya seperti kata pepatah Melayu ‘bagaikan air yang tenang jangan disangka tiada buaya’. 

Begitu kira-kira, perbandingan indah Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang mengulas perkembangan Pilihan Raya Presiden Amerika di ruangan akhbar Harakah. Dua calon Pilihan Raya Presiden AS iaitu Hillary Clinton (Parti Demokrat) dan Donald Trump (Parti Republikan), kedua-duanya berlumba-lumba membuat kenyataan terbuka menyokong Israel dengan pendekatan berbeza.

Menurut beliau, walaupun tragedi pembunuhan mencecah jutaan korban, menjadi pelarian dibenarkan atas nama kebebasan, demokrasi, keadilan dan hak asasi manusia, namun undang-undang antarabangsa dan mahkamah laksana sarang labah-labah yang hanya boleh memerangkap makhluk kecil sahaja. 

Apa-apa tindakan pun tidak boleh di ambil ke atas AS dan sekutunya, dan semua keputusan PBB boleh dihalang mudah melalui kuasa vetonya. Namun menurutnya..

"Seganas-ganas singa dan buaya boleh dikawal oleh Jabatan Mergastua dan dikurung dalam sangkar zoo. Begitulah politik, sejarah menunjukkan kuasa besar yang memuncak keganasannya seperti Adolf Hitler dan Benito Mussolini lebih cepat tersungkur." 
Singa dan buaya bertempur di sebatang sungai di Kenya, Afrika.

Hasil carian imej untuk Donald Trump/Hillary Clinton

Apa yang perlu menjadi iktibar adalah betapa kecelaruan demokrasi Barat kini kerana disebabkan oleh tidak beriman dan hilangnya sifat budiman dalam pemilihan kepimpinan. 

"Tiga faktor penting yang menjadi rukun manipulasi pemilihan iaitu 3M (Machinery/Jentera; Media; dan Money/Wang). Apabila tiga faktor ini yang dikuasai bangsa Yahudi dimanipulasi sepenuhnya sebagaimana yang diceritakan benar oleh Al-Quran. 

Firman Allah SWT: 

﴿وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ بَعَثَ لَكُمۡ طَالُوتَ مَلِكٗاۚ قَالُوٓاْ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ عَلَيۡنَا وَنَحۡنُ أَحَقُّ بِٱلۡمُلۡكِ مِنۡهُ وَلَمۡ يُؤۡتَ سَعَةٗ مِّنَ ٱلۡمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰهُ عَلَيۡكُمۡ وَزَادَهُۥ بَسۡطَةٗ فِي ٱلۡعِلۡمِ وَٱلۡجِسۡمِۖ وَٱللَّهُ يُؤۡتِي مُلۡكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ٢٤٧ وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ءَايَةَ مُلۡكِهِۦٓ أَن يَأۡتِيَكُمُ ٱلتَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٞ مِّن رَّبِّكُمۡ وَبَقِيَّةٞ مِّمَّا تَرَكَ ءَالُ مُوسَىٰ وَءَالُ هَٰرُونَ تَحۡمِلُهُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗ لَّكُمۡ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ٢٤٨﴾ [البقرة: 247-248]
  • “Berkatalah Nabi mereka kepada mereka (apabila mereka meminta Nabi itu menetapkan calon raja setelah dimintanya): Sesungguhnya Allah melantik Talut menjadi raja kamu. Mereka berkata: Bagaimana dia dilantik, padahal kalangan kami ada yang lebih layak, dan dia pula tidak berharta banyak (kaya raya)? Nabi mereka menjawab: Allah yang memilihnya kerana dia berilmu dan sihat serta gagah perkasa. Allah sahaja yang memberi kurnia pemerintahan kepada sesiapa yang di kehendaki-Nya dan Allah itu Maha Luas Pengetahuan dan Kuasa-Nya lagi Maha Mengetahui. (247)
  • “Nabi mereka menegaskan lagi: Sesungguhnya Allah menunjukkan tanda perlantikannya bahawa datang kepada kamu Tabut (peti) yang dibawa oleh Malaikat, yang ada di dalamnya ketenangan daripada Tuhan kamu dan pusaka peninggalan pengikut Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S. Sesungguhnya itulah dalil daripada Tuhan kamu sekiranya kamu beriman.” (248)] (Al-Baqarah: 247-248) 
"Al-Quran adalah kitab suci mukjizat yang kekal daripada Allah kepada Rasul akhir zaman Muhammad SAW yang membawa kisah petunjuk sepanjang zaman.

"Donald Trump memenangi pilihan raya dengan politik wang kekayaan yang mempengaruhi jentera dan media. Tegasnya, siapa paling kaya dan hebat Zionisnya dipilih dalam pilihan raya di Amerika. Apabila dicampur wang dan Zionisnya maka sangat kuat sumbangan mempengaruhi politik terkini, apabila akal berada di perut dan apabila yang tinggi ilmunya dapat diperkudakan.

"Para ulama tafsir al-Quran menegaskan pengajaran itu diambil daripada lafaznya yang umum bukan sebabnya yang khusus." 
Demikian ulasan Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS. (IH)


Sobat baru saja selesai membaca :

Donald Trump/Hillary Clinton Ibarat Buaya Dengan Singa. -Hj Abd Hadi Awang.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Donald Trump/Hillary Clinton Ibarat Buaya Dengan Singa. -Hj Abd Hadi Awang. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Donald Trump/Hillary Clinton Ibarat Buaya Dengan Singa. -Hj Abd Hadi Awang. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/11/donald-trumphillary-clinton-ibarat.html

Subscribe to receive free email updates: