Judul : Agihan Kerusi PRU 14: PAS Buka Pintu Rundingan Tapi.. -Abd Hadi.
link : Agihan Kerusi PRU 14: PAS Buka Pintu Rundingan Tapi.. -Abd Hadi.
Agihan Kerusi PRU 14: PAS Buka Pintu Rundingan Tapi.. -Abd Hadi.
KUALA LUMPUR: 'Jangan kacau dalam rumah kami,' tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekaligus membayangkan parti itu tidak akan berkompromi dalam isu agihan kerusi tradisi milik mereka.
Amaran itu disuarakan Hadi meskipun PAS ujarnya menyatakan kesediaan membuka pintu rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menjayakan prinsip satu lawan satu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"PAS sudah lama buka pintu. Dan pintu perbincangan tidak ditutup. Cuma apabila dah masuk pintu, jangan kacau dalam rumah sudahlah," katanya kepada ketika ditemui di Dewan Rayat, hari ini.
Malah secara sinisnya beliau meminta DAP tidak menjadi 'pengacau' sekiranya perbincangan antara dua pihak itu dilakukan.
"Jangan kacau dalam rumah kami sudahlah," kata Ahli Parlimen Marang itu lagi.
Reaksi Hadi itu diberikan sebagai menjawab kenyataan Mursyidul Amnya, Hashim Jasin yang berkata PAS bersetuju dengan konsep satu lawan satu sebagaimana yang diharapkan pembangkang untuk menentang Umno-BN dalam PRU14 akan datang.
Hashim juga menambah kesediaan PAS itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang namun ia terpulang kepada budi bicara rakan-rakan parti pembangkang yang lain.
PAS sebelum ini mengambil pendirian bersedia dengan sebarang kemungkinan dalam PRU14 kelak, termasuk situasi pertandingan tiga penjuru antara Umno-BN dan PH.
Ini kerana PAS tidak lagi menjadi sebahagian komponen dalam gabungan itu selepas terkuburnya Pakatan Rakyat (PR) tahun lalu akibat perbalahan berterusan dengan DAP bersabit isu hudud.
Malah PAS juga enggan mengadakan sebarang kerjasama dengan PH memandangkan ia turut dianggotai parti serpihannya, AMANAH. (Antarapos)
Sobat baru saja selesai membaca :
Agihan Kerusi PRU 14: PAS Buka Pintu Rundingan Tapi.. -Abd Hadi.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Agihan Kerusi PRU 14: PAS Buka Pintu Rundingan Tapi.. -Abd Hadi. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Agihan Kerusi PRU 14: PAS Buka Pintu Rundingan Tapi.. -Abd Hadi. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/11/agihan-kerusi-pru-14-pas-buka-pintu.html