3,000 Lagi Ahli UMNO Keluar Parti Di Sabah..

3,000 Lagi Ahli UMNO Keluar Parti Di Sabah.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: 3,000 Lagi Ahli UMNO Keluar Parti Di Sabah.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : 3,000 Lagi Ahli UMNO Keluar Parti Di Sabah..
link : 3,000 Lagi Ahli UMNO Keluar Parti Di Sabah..

Baca juga


3,000 Lagi Ahli UMNO Keluar Parti Di Sabah..


Kira-kira 3,000 ahli Umno Sabah keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.

Naib Presiden Warisan, Junz Wong berkata, 3,000 ahli baharu itu datang daripada Umno Bahagian Sepanggar. “Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua Pemuda Warisan, Aziz Jamman dan saya oleh bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Sepanggar, Mentoh Aru. “Mereka meninggalkan Umno kerana mahu menyertai Warisan untuk mendapatkan kembali ‘kunci’ ke ‘rumah’ kami,” katanya kepada FMT. Wong berkata, parti itu menjangkakan lebih ramai orang akan menyertai Warisan kerana orang Sabah mahu sebuah parti tempatan yang kuat untuk menentang Barisan Nasional. Akhir bulan lalu, Setiausaha Agung Warisan, Loretto S Padua Jr berkata, parti itu menerima kira-kira 7,000 permohonan keahlian hanya dalam masa beberapa hari selepas laman web parti itu dilancarkan. Pada 17 Oktober lalu, Shafie yang juga bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah mengumumkan penubuhan Warisan sebagai parti baharu yang bertekad menyatupadukan semua kaum di Sabah. Ahli Parlimen Semporna itu berkata, Warisan sedia bekerjasama dengan semua pihak, termasuk parti pembangkang lain untuk menewaskan BN pada pilihan raya umum akan datang. Pada 4 Julai, Shafie mengumumkan keluar Umno, selepas keahliannya digantung pada 24 Jun kerana dituduh bersekongkol dengan pembangkang. Shafie bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada Kabinet, tahun lalu, selepas mereka mempersoalkan hutang 1MDB.


Sobat baru saja selesai membaca :

3,000 Lagi Ahli UMNO Keluar Parti Di Sabah..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 3,000 Lagi Ahli UMNO Keluar Parti Di Sabah.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: 3,000 Lagi Ahli UMNO Keluar Parti Di Sabah.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/11/3000-lagi-ahli-umno-keluar-parti-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :