RUU355: Apa Tak Bimbang, PKR Bukan Parti Islam, Parti Asobiah Macam UMNO..

RUU355: Apa Tak Bimbang, PKR Bukan Parti Islam, Parti Asobiah Macam UMNO.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: RUU355: Apa Tak Bimbang, PKR Bukan Parti Islam, Parti Asobiah Macam UMNO.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : RUU355: Apa Tak Bimbang, PKR Bukan Parti Islam, Parti Asobiah Macam UMNO..
link : RUU355: Apa Tak Bimbang, PKR Bukan Parti Islam, Parti Asobiah Macam UMNO..

Baca juga


RUU355: Apa Tak Bimbang, PKR Bukan Parti Islam, Parti Asobiah Macam UMNO..

WanAzizah

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang diusulkan PAS di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah sebagai membimbangkan.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan rasmi PKR mengenai usul tersebut menegaskan, perkara paling membimbangkan dalam usul yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berhubung skop hukuman ke atas pesalah syariah.
Beliau tidak menyatakan secara terbuka penentangan PKR ke atas RUU355, namun menegaskan sebarang pindaan untuk meminda undang-undang berkaitan kesalahan jenayah di negara ini wajib dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.
Isteri banduan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun secara terus terang menyatakan PKR mempunyai beberapa kemuskilan dan keraguan berkaitan RUU355 seperti yang dibentangkan oleh Abdul Hadi sebagai Ahli Parlimen Marang baru-baru ini.
“Oleh kerana RUU 355 ini melibatkan undang-undang berkaitan kesalahan jenayah berhubung dengan melanggar lunas-lunas Islam, maka skop hukuman yang dicadangkan bagi undang-undang ini perlu cukup jelas.
“Apa-apa pindaan undang-undang yang memberi kuasa untuk menghukum wajib terang dalam maksudnya. Apa-apa perubahan juga perlu jelas supaya undang-undang baru ini adalah selaras dengan apa yang difahamkan sebagai lunas-lunas Islam sendiri. Perbincangan perlu juga atas aspek sama ada pindaan ini adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Usaha PAS untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah melalui RUU355 mendapat tentangan hebat parti-parti komponen Pakatan Harapan terutama DAP yang menyifatkan RUU355 merupakan strategi PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud di Malaysia.
Beberapa pemimpin DAP sebelum ini mendakwa hudud yang dicadangkan oleh PAS bercanggah dengan Perlembagaan Negara, undang-undang lapuk dan ketinggalan zaman malah akan mengundang bias kepada golongan lemah terutama kaum wanita.
RUU355 turut dikecam parti Islam yang mewakili Pakatan Harapan iaitu Parti Amanah Negara (PAN) kerana mendakwa terdapat banyak kekeliruan yang menimbulkan keresahan bukan Islam di negara ini.
“Pendirian PKR untuk RUU355 dibahaskan adalah bersyarat bahawa mana-mana pindaan undang-undang sedia ada mesti mematuhi dan memenuhi prinsip-prinsip murni keadilan dan kesaksamaan dalam Islam serta tidak bercanggah dengan teks dan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia,” tegasnya. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa nak heran, PKR bukan parti Islam macam PAS yang perjuangkan negara Islam. PKR perjuangkan negara asobiah sempit, pecahan dari UMNO kerana masalah peribadi. 
Sekarang masalah peribadi itu sudah selesai, sudah berdamai. PKR juga parti sekular macam UMNO, DAP. PAN pun masih belum menunjukkan dasar Islamnya. Kebimbangan dan dolak-dalih PKR makin jelas, takut rakyat tahu, PKR bukan perjuangkan Islam seperti yang di dalan Al-Quran dan Hadis. 
Itu sebab 'puak-puak liberal' ramai di dalamnya. Ini yang sepatutnya didedahkan supaya rakyat dan pengundi Islam di Malaysia tahu, mana Islam mana yang menggunakan topeng mengelirukan uamat Islam. (IH)




Sobat baru saja selesai membaca :

RUU355: Apa Tak Bimbang, PKR Bukan Parti Islam, Parti Asobiah Macam UMNO..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang RUU355: Apa Tak Bimbang, PKR Bukan Parti Islam, Parti Asobiah Macam UMNO.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: RUU355: Apa Tak Bimbang, PKR Bukan Parti Islam, Parti Asobiah Macam UMNO.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/10/ruu355-apa-tak-bimbang-pkr-bukan-parti.html

Subscribe to receive free email updates: