Punca Pelajar Dibelasah Kerana Usik Mengenai Arwah Bapanya

Punca Pelajar Dibelasah Kerana Usik Mengenai Arwah Bapanya - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Punca Pelajar Dibelasah Kerana Usik Mengenai Arwah Bapanya, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Luar Negeri, Artikel Malaysia, Artikel Mancanegara, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Punca Pelajar Dibelasah Kerana Usik Mengenai Arwah Bapanya
link : Punca Pelajar Dibelasah Kerana Usik Mengenai Arwah Bapanya

Baca juga


Punca Pelajar Dibelasah Kerana Usik Mengenai Arwah Bapanya



KOTA KINABALU: Pergaduhan antara dua murid sekolah yang menjadi viral di media sosial dikatakan tercetus akibat tindakan mangsa mengusik mengenai arwah bapa pembulinya.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley Hobden berkata, kedua-dua pelajar berumur 12 tahun itu yang kini sedang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah dipanggil untuk memberi keterangan.


Tambahnya, ibu bapa mangsa baru sahaja membuat laporan polis pada Selasa berhubung kes buli yang berlaku pada 30 Ogos lalu.

“Kami sudah merekodkan kenyataan daripada kedua belah pihak dan beberapa saksi,” kata Rosley.

Beliau berkata, pelajar tersebut marah dengan tindakan mangsa yang didakwa mengusik mengenai arwah bapanya.

“Tiada sebarang kecederaan serius berlaku pada mangsa dan juga tiada motif lain dalam pergaduhan ini,” tambah beliau.

Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Menerusi video tersebut, dua murid lelaki terbabit yang berpakaian uniform baju Melayu, dilihat bersemuka antara satu sama lain sambil diperhatikan rakan sekelas lain.

Pembuli kemudiannya mula bertindak ganas dengan menendang, menampar, menumbuk dan melemparkan kerusi ke atas mangsa selain turut mencekak leher mangsa.

Mangsa dipukul sehingga terjatuh dan apabila dia cuba bangkit, pembuli tersebut terus memukulnya.

Bagaimanapun mangsa langsung tidak melawan atau dibantu oleh rakan sekelasnya yang lain.

Malah kedengaran beberapa murid ketawa melihat aksi buli itu.

-mstar


PERHATIAN: "Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan dan dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan dan kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada kami di kitabantaiinfo [at] gmail [dot] com"


Sobat baru saja selesai membaca :

Punca Pelajar Dibelasah Kerana Usik Mengenai Arwah Bapanya

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Punca Pelajar Dibelasah Kerana Usik Mengenai Arwah Bapanya dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Punca Pelajar Dibelasah Kerana Usik Mengenai Arwah Bapanya link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/09/punca-pelajar-dibelasah-kerana-usik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :