Pendidikan Seks: Sepadukan Mengikut Islam -Pemuda PAS Kedah.

Pendidikan Seks: Sepadukan Mengikut Islam -Pemuda PAS Kedah. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Pendidikan Seks: Sepadukan Mengikut Islam -Pemuda PAS Kedah., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Pendidikan Seks: Sepadukan Mengikut Islam -Pemuda PAS Kedah.
link : Pendidikan Seks: Sepadukan Mengikut Islam -Pemuda PAS Kedah.

Baca juga


Pendidikan Seks: Sepadukan Mengikut Islam -Pemuda PAS Kedah.




MODUL pendidikan seks yang bakal diajar di sekolah beberapa negeri pada bulan hadapan jelas masih dalam kerangka eksperimen. Ia tidak akan dapat memberi penyelesaian jitu terhadap masalah yang sedang dihadapi dan tiada jaminan tidak akan mewujudkan dilema baharu.

Kandungan modul diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu streotaip dan sudah dijangka, kerana berada pada skop sekitar biologi, psik
ologi, sosiologi, kesihatan, perlakuan mengikut penilaian Barat dan isu berkaitan sahaja.

Ia dilihat tergesa-gesa, ragu-ragu dan tidak cukup bersedia untuk dilaksanakan, di mana hanya akan menjadikan pelajar berkenaan sebagai 'tikus makmal'.  Bahkan meninggalkan kaedah terbaik dan menyeluruh yang ada di dalam Islam terutama dalam menerapkan takwa sebagai intipati terpenting.

Perspektif Islam lebih holistik mengajar dari bab thaharah, khitan, penyusuan, kasih sayang, aurat, asing tempat tidur, menjaga pancaindera, batasan pergaulan dan berhias, tidak menyata sesuatu keburukan atau fitnah terhadap lelaki atau perempuan, tidak berada dalam situasi dicurigai, pertunangan dan perkahwinan, bahkan adab serta unsur-unsur malu amat dititikberatkan.

Malah, semua itu berada bukan sahaja pada tanggungjawab ke atas individu, ibu bapa atau pasangan, tetapi hingga kepada kerajaan agar kewajipan-kewajipan berkenaan dapat dipermudahkan atau dibantu pelaksanaannya. Kerajaan Islam di zaman dahulu ada yang memberi 'subsidi' susu dan bantuan pernikahan.

Begitu juga membetulkan peranan masyarakat yang meletakkan peribahasa "jaga tepi kain orang" pada kedudukan salah. Selain kerajaan perlu bertegas dengan segala unsur kerosakan dihindar terus atau dihapuskan dari berada di sekeliling masyarakat seperti jualan arak, premis dan aktiviti hiburan serta yang seumpamanya.

Kami syorkan agar permulaan ini ia dikenali sebagai 'Pendidikan Kekeluargaan' memandangkan masyarakat negara ini masih tabu dan merasa negatif dengan istilah seks. Kami juga syor agar modul sedia ada ditangguhkan dahulu sebelum dilengkapkan secara komprehensif dengan kurikulum Islam. 

Libatkan peranan agensi dan pegawai agama juga para mufti di negara kita. Kami yakin dilema dari masalah-masalah kehamilan, anak luar nikah, zina, pembuangan bayi dan semua itu dapat diselesaikan.

"Inilah Penyelesaian Kita"
"Bertekad Melebar Muafakat"



USTAZ MOHD AZAM ABD SAMATKetua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah
18 September 2016 | 16 Zulhijjah 1437 - HARAKAHDAILY 18/9/2016


Sobat baru saja selesai membaca :

Pendidikan Seks: Sepadukan Mengikut Islam -Pemuda PAS Kedah.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pendidikan Seks: Sepadukan Mengikut Islam -Pemuda PAS Kedah. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Pendidikan Seks: Sepadukan Mengikut Islam -Pemuda PAS Kedah. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/09/pendidikan-seks-sepadukan-mengikut.html

Subscribe to receive free email updates: